Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Istiqamah dengan perjuangan Islam, kunci 35 tahun MBI Kelantan - MB Kelantan
utama

Istiqamah dengan perjuangan Islam, kunci 35 tahun MBI Kelantan - MB Kelantan

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Dato’ Ustaz Mohd Nassuruddin Daud

Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 24 Oktober – Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Dato’ Ustaz Mohd Nassuruddin Daud menegaskan bahawa istiqamah dengan perjuangan Islam adalah kunci kejayaan kerajaan Kelantan selama 35 tahun Membangun Bersama Islam (MBI).

Beliau berkata, sepanjang sejarah, kerajaan negeri telah melalui pelbagai cabaran, namun Kelantan kekal teguh dan istiqamah dengan dasar perjuangan Islam.

"Sepanjang sejarah, kita telah melalui naik turun, ada masa jatuh dan bangun, tetapi Kerajaan Negeri Kelantan kekal istiqamah dengan perjuangan Islam,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Sambutan 70 Tahun PAS Kelantan dan 35 Tahun MBI di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini.

“Dengan semangat istiqamah ini, rakyat semakin memberi sokongan sejak 1990 hingga ke hari ini. Sinar kemenangan Islam terlalu cerah, syaratnya kita mesti istiqamah,” tambahnya.

Beliau turut menekankan bahawa pegangan kepada Al-Quran dan As-Sunnah menjadi rujukan utama dalam memastikan perjuangan tidak sesat.

"Kita yakin dan percaya perjuangan kita adalah perjuangan yang benar kerana rujukan utama kita ialah Al-Quran dan As-Sunnah. Selagi kita berpegang kepada dua rujukan ini, kita tidak akan sesat,” tegasnya.




Majlis perasmian tersebut dimulakan dengan Kuliah Dhuha oleh Ustaz Azhar Idrus, dan sepanjang lima hari sambutan bermula 21 hingga 25 Oktober itu pelbagai program telah diadakan termasuk Family Fun Walk, Konsert Amal Sumud Palestin, Pentas Ulamak, Pidato Mek Kelate, Pentas Anak Muda, Ceramah Perdana serta Sambutan Hari Anak Muda Kelantan 2025.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook