Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Jimat 6 sen tidak sepadan jadi modal politik
utama

Jimat 6 sen tidak sepadan jadi modal politik

SALMAH MAT HUSAIN


KOTA BHARU: Penurunan harga RON95 sebanyak 6 sen baru-baru ini tidak wajar dijadikan bahan politik murahan seolah-olah kerajaan memberi hadiah besar kepada rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ustaz Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, rakyat lebih memahami keadaan sebenar kerana mereka berdepan dengan peningkatan kos sara hidup sekarang.

“Turun 6 sen ibarat orang nak meminang Puteri Gunung Ledang, syaratnya macam-macam. Kerajaan umum besar-besaran seolah-olah luar biasa.

 “Sedangkan bila rakyat isi tangki motor, jimat tidak sampai 50 sen. Esok harga sayur naik RM3, habis lesap balik. Itu bukan syukur, itu silap kira,” katanya di sini.

Mulai 30 September lepas rakyat Malaysia mendapat harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter, namun disyarat menggunakan MyKad di kaunter dan pam.

Sekiranya tiada MyKad orang ramai terpaksa membayar pada harga RM2.60 seliter. Keadaan itu menimbulkan runggutan pelbagai pihak sehingga ada kes terpaksa meminjam MyKad orang lain.


Mohd Firdaus juga berkata, ketika harga petrol naik sebelum ini tidak ada pula pemimpin meminta rakyat bersyukur.

Kata beliau rakyat berhak mengkritik dasar kerajaan kerana mereka menanggung beban kos sara hidup.

“Penjimatan 6 sen dengan purata penggunaan 300 liter minyak sebulan, hasilnya terlalu kecil untuk dijadikan modal besar kerajaan.

“Untung tidak padan dengan modal. Modal buat marketing habis berjuta, tetapi rakyat hanya jimat setengah ringgit seminggu. Jangan perlekeh kecerdikan rakyat,” katanya.

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook