Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan lancar "blueprint" Bandar Pintar 2040 berteraskan Islam
utama

Kelantan lancar "blueprint" Bandar Pintar 2040 berteraskan Islam


Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 30 Oktober 2025 – Pelancaran Blueprint Bandar Pintar Kelantan 2040 disifatkan sebagai satu anjakan paradigma dalam cara pentadbiran, perancangan dan pembangunan negeri secara menyeluruh, berpaksikan nilai Islam dan berteraskan teknologi moden.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata pelancaran dokumen tersebut bukan sekadar memperkenalkan dasar baharu, tetapi menjadi mercu tanda kepada usaha mewujudkan sistem pembangunan perbandaran yang lebih pintar, cekap dan sistematik di negeri ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan (PLANMalaysia Kelantan) atas inisiatif dan komitmen tinggi dalam menyediakan dokumen penting tersebut yang menjadi rujukan utama hala tuju pembangunan negeri menjelang tahun 2040.


Menurutnya, konsep Bandar Pintar merangkumi penggunaan teknologi dan maklumat elektronik dalam pengurusan bandar bagi memastikan pembangunan berjalan secara efisien, tersusun serta memberi manfaat optimum kepada rakyat.

“Blueprint ini merupakan kali pertama dalam sejarah Kelantan kita menggariskan secara rasmi pelan hala tuju bandar pintar yang bukan sahaja menekankan aspek kemodenan, malah disepadukan dengan prinsip Maqasid Syariah serta dasar Membangun Bersama Islam,” katanya ketika berucap merasmikan majlis di Dewan Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan, semalam.

Dokumen tersebut merangkumi tujuh komponen bandar pintar, 35 dasar, 107 strategi, 198 inisiatif atau projek, serta 238 sasaran yang melibatkan 121 agensi pelaksana bagi memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat menjelang tahun 2040.



Majlis turut menyaksikan penyerahan dokumen Blueprint Bandar Pintar Kelantan 2040 kepada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri sebagai simbol permulaan pelaksanaan di peringkat daerah.

Menteri Besar yang diringi Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah bersama tetamu kehormat turut meninjau reruai pameran interaktif yang memaparkan teknologi, aplikasi serta idea inovatif berkaitan pelaksanaan konsep bandar pintar di negeri ini.

Konsep berkenaan selaras dengan aspirasi menjadikan Kelantan sebagai negeri maju, berdaya tahan dan berteraskan Islam menjelang 2040.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook