Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan muncul juara Kejohanan Futsal Bawah 19 Kebangsaan 2025

Kelantan muncul juara Kejohanan Futsal Bawah 19 Kebangsaan 2025


Oleh: Asri Hamat 

KOTA DARULNAIM, 26 Oktober — Pasukan Kelantan FT muncul juara Kejohanan Futsal Bawah 19 Tahun Kebangsaan 2025 selepas menewaskan Selangor FC 4-1 pada perlawanan akhir  yang berlangsung di Arena FAM, Kelana Jaya, pada Jumaat. 

Selangor terlebih dahulu mengejutkan Kelantan apabila membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi Ammar Luqman yang membuat satu tolakan ke belakang menggunakan tumit yang menarik di kawasan D.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan bimbingan Nik Muhammad Amin Nik Mohamad memperkemaskan rentak permainan dan mula menguasai perlawanan. Usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-14 apabila Muhammad Akmal Rizal melepaskan rembatan padu untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Masuk minit ke-22, Kelantan menambah jaringan gol menerusi Faris Amsyar yang menjadikan kedudukan 2-1.

Pada minit ke-38, Faris Amsyar sekali lagi meledak jaringan untuk menjarakkan kedudukan kepada 3-1.

Ketika Selangor cuba menggunakan taktikal ‘Power Play’ bagi mendapatkan jaringan gol pada minit ke-39, Akmal Rizal terus mara dengan memberikan gol yang keempat untuk melengkapkan kemenangan bergaya 4-1, sekali gus mengesahkan kejuaraan menjadi milik skuad muda Kelantan.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YB Zamakhshari Muhamad menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh pasukan Kelantan FT atas kejayaan yang membanggakan itu.

“Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan FT atas kejayaan muncul juara Kejohanan Futsal B19 Kebangsaan 2025 selepas menewaskan Selangor FC dengan keputusan 4-1.

"Kemenangan ini bukan sahaja membanggakan negeri, tetapi juga membuktikan bahawa bakat anak muda Kelantan terus menyerlah di pentas kebangsaan,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial miliknya pada Sabtu. 

Beliau turut menekankan bahawa semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang ditunjukkan para pemain wajar dijadikan contoh kepada generasi muda di negeri ini.

“Syabas kepada barisan pemain, jurulatih serta seluruh pasukan pengurusan yang bekerja keras di sebalik kejayaan ini. Semoga terus maju dan menjadi inspirasi kepada generasi pelapis sukan negeri Kelantan,” tambahnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook