Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan selaraskan hala tuju portfolio exco, perkukuh pelaksanaan strategi PMBI 2024–2028
utama

Kelantan selaraskan hala tuju portfolio exco, perkukuh pelaksanaan strategi PMBI 2024–2028


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

KOTA DARULNAIM, 13 Oktober – Kerajaan Negeri Kelantan memperkukuh pelaksanaan teras strategi Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) melalui penganjuran Taklimat Pencapaian Hala tuju Portfolio Kerajaan Negeri Kelantan 2024–2028 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad.

Taklimat berkenaan dilihat sebagai langkah penyelarasan dasar yang penting bagi memastikan setiap portfolio exco serta agensi di bawahnya bergerak dalam hala tuju yang seragam dan selari dengan Pelan Strategik PMBI, sekali gus mengelakkan pertindihan pelaksanaan dan memantapkan keberhasilan dasar kerajaan.


Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud, dan menghimpunkan semua Ahli Dewan Negeri (ADN) serta Ahli Parlimen (ADR) Kelantan, menjadikannya platform penyelarasan pentadbiran negeri secara menyeluruh.

Program anjuran SPARK dengan kerjasama Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) itu menampilkan Pengarah UPEN Wan Zulfadhli Syahman Wan Yusof sebagai penyampai taklimat.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook