Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kerajaan Negeri Kelantan sanjung komitmen petugas perarakan kereta berhias
utama

Kerajaan Negeri Kelantan sanjung komitmen petugas perarakan kereta berhias


Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 10 Oktober — Kerajaan Negeri Kelantan menzahirkan sanjungan tertinggi kepada para petugas yang menjayakan Perarakan Kereta Berhias Sempena Ulang tahun Keputeraan Sultan Kelantan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V ke-56 yang berlangsung pada 4 Oktober lalu.

Majlis penyampaian hadiah dan penghargaan kepada petugas diadakan di sebuah hotel sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi mereka dalam memastikan kelancaran acara yang mencuri tumpuan rakyat.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor menyifatkan sambutan luar biasa daripada orang ramai sebagai bukti kejayaan penganjuran.

Beliau turut berkongsi detik bersejarah apabila Menteri Besar Kelantan YAB Dato Panglima Perang Ustaz Dato Mohd Nassuruddin terpaksa turun dari kenderaan rasmi dan berjalan kaki ke stadium kerana lautan puluhan ribu manusia yang membanjiri lokasi.


“Terima kasih dan kita amat sanjung tinggi atas komitmen semua yang terlibat. Sambutan malam itu sungguh luar biasa. Ramai yang masih bercakap mengenainya hingga ke hari ini. Ada yang minta kita anjurkan lagi tahun depan, tapi saya katakan acara istimewa seperti ini perlu digilirkan agar kekal dinanti-nanti,” katanya dalam majlis apresiasi tersebut, semalam

Beliau turut menyifatkan cuaca baik pada malam tersebut sebagai petanda keberkatan, apatah lagi apabila Kebawah Duli Yang Maha Sultan Muhammad V sendiri menzahirkan rasa puas hati terhadap penganjuran acara berkenaan.

Beliau juga mengakui bahawa perarakan kereta dan beca berhias tahun ini memperlihatkan kreativiti dan semangat kerja berpasukan sekali gus menjadi simbol perpaduan rakyat Kelantan dalam meraikan institusi diraja dan warisan budaya negeri.

Pertandingan kereta berhias dijuarai Majlis Daerah Kuala Krai, Naib juara ialah Majlis Daerah Tanah Merah dan tempat ketiga diraih Majlis Daerah Ketereh.

Manakala beca Hotel Perdana diumum sebagai johan kategori beca berhias, disusuli beca Hotel Jewel sebagai naib johan dan ketiga beca Hotel Renai.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook