Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Keunikan hasil kraf Kelantan jadi tarikan pelancong
utama

Keunikan hasil kraf Kelantan jadi tarikan pelancong

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Kerajaan negeri  memperkenalkan keunikan hasil kraf Kelantan beridentiti budaya tempatan kepada masyarakat dan pelancong. 

Usaha itu dilaksana melalui Promosi Kraf Malaysia 2025 kini berlangsung di ruang legar KB Mall, Kota Bharu melalui pameran dianjur Persatuan Kraf Negeri Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Dato’ Kamarudin Md Nor berkata, program berkenaan menjadi tarikan pelancong sama ada domestik atau antarabangsa.

Katanya pameran itu bukan sekadar platform jualan, sebaliknya usaha untuk memperkukuh industri kraf tempatan.

“Program terbabit memperlihatkan hasil kraf tempatan yang unik, bernilai seni tinggi dan sarat dengan identiti budaya Kelantan termasuk tenunan halus, ukiran kayu, anyaman rotan dan aksesori eksklusif buatan tangan,” katanya ketika melawat pameran tersebut semalam.

Beliau berkata, penyertaan usahawan dan penggiat seni kraf pada program itu membuktikan sektor kraf tempatan terus subur dan mempunyai potensi besar untuk dikembangkan ke peringkat lebih tinggi.

Ia juga peluang terbaik untuk masyarakat tempatan dan pelancong mendapatkan barangan kraf tempatan berkualiti tinggi dengan harga berpatutan. 

"Ia secara tidak langsung menyokong ekonomi penggiat kraf serta memartabatkan hasil seni rakyat Kelantan,” ujarnya.

Promosi Kraf Malaysia 2025 berlangsung daripada 23 Oktober hingga 1 November ini di KB Mall, Kota Bharu.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook