Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Lampu solar berteknologi pintar sokong agenda kelestarian alam sekitar
utama

Lampu solar berteknologi pintar sokong agenda kelestarian alam sekitar


Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 29 Oktober — Usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk memperkukuh pelaksanaan Agenda Kelestarian Alam Sekitar di bawah Dasar Bandar Pintar Kelantan 2040 dan MyLocal Agenda 21 PBT Kelantan terus diperkasakan melalui inisiatif penggunaan lampu solar berteknologi pintar di seluruh negeri.

Untuk tujuan tersebut, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah dan wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengadakan perbincangan bersama sebuah syarikat tempatan yang merupakan pemain industri dalam pembekalan lampu solar bertiang warna bendera Palestin dan teknologi pintar berasaskan Internet of Things (IoT).

Menurut YB Hilmi, pertemuan yang berlangsung di pejabatnya pada Isnin menjadi platform penting untuk menimba ilmu dan memahami teknologi terkini ke arah menjayakan agenda bandar pintar dan kelestarian alam sekitar di Kelantan.

"Lampu solar yang diintegrasikan dengan sistem IoT serta kamera litar tertutup (CCTV) merupakan sebahagian daripada komponen infrastruktur Smart City (Bandar Pintar).


"Selain berfungsi sebagai elemen keselamatan dan pencahayaan awam, teknologi ini juga membantu mengurangkan pelepasan karbon, seiring dengan matlamat Bandar Rendah Karbon (Low Carbon City) dan aspirasi Kelantan Smart Green City 2040," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Selasa.

Katanya lagi, lampu solar terbukti menjimatkan kos kerana tidak memerlukan kerja tanah atau sambungan kabel elektrik.

"Proses pemasangan juga cepat dan fleksibel menjadikannya sangat sesuai untuk digunakan di kawasan luar bandar, taman rekreasi, tempat letak kereta, serta jalan kampung yang belum mempunyai sambungan bekalan elektrik," ujarnya.

Tambahnya, selain mudah diselenggara yang hanya memerlukan pemeriksaan berkala terhadap bateri dan panel solar, lampu solar juga menjadi simbol kemajuan dan inovasi perbandaran.

"Lampu solar ini bukan sahaja meningkatkan imej moden dan selamat kawasan, bahkan berpotensi menarik minat pelabur serta pelancong untuk terus hadir ke negeri ini sebagai bukti komitmen Kelantan terhadap pembangunan lestari.

"Kini semakin banyak kawasan di bawah operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kelantan, khususnya di laluan protokol, telah mula dipasang dengan lampu-lampu solar. In sya Allah, pada tahun hadapan, pemasangan kemudahan ini akan terus diperluas bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat Kelantan terus terjamin," jelasnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook