Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LTdL 2025: Ribuan sorakan di Pasir Puteh, nama Kelantan dijulang di pentas dunia
utama

LTdL 2025: Ribuan sorakan di Pasir Puteh, nama Kelantan dijulang di pentas dunia


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 1 Oktober – Ribuan sorakan rakyat Kelantan bergema di Pasir Puteh ketika menyaksikan detik bersejarah apabila perlumbaan berprestij dunia, Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 menamatkan saingan peringkat ketiga di negeri ini, semalam.

Perlumbaan sejauh 198.2 kilometer dari Gerik ke Pasir Puteh memukau peminat sukan berbasikal sekali gus menjulang nama Kelantan ke persada antarabangsa apabila bumi Serambi Mekah ini sekali lagi menjadi destinasi penting dalam kalendar perlumbaan bertaraf dunia.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad menegaskan bahawa acara tersebut melakar impak besar dalam arena sukan dan kepada imej negeri.

“LTdL menyerlahkan kehebatan sukan berbasikal bertaraf dunia, pada masa sama mengangkat nama Negeri Kelantan di pentas antarabangsa,” katanya dalam satu hantaran di media sosial pada Selasa.

Beliau menyifatkan sambutan hangat rakyat membuktikan sukan mampu menjadi medium penyatuan masyarakat dan memperkukuh imej Kelantan sebagai destinasi pelancongan serta penganjuran acara bertaraf tinggi.

Pada peringkat ketiga itu, pelumba pasukan XDS-Astana, Matteo Malucelli, muncul juara selepas menewaskan pelumba berpengalaman Uno-X Mobility, Alexander Kristoff.

YB Zamakhshari juga menyampaikan hadiah kepada pemenang, disaksikan Ketua Jajahan Pasir Puteh Mohd Kamarulzaman Ab Wahab, Ketua Jajahan Machang Mohd Zamri Ibrahim dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN), Feisal Abdullah.


LTdL 2025 yang memasuki edisi ke-29 itu merangkumi lapan peringkat perlumbaan dengan jarak keseluruhan lebih 1,200 kilometer, merentasi negeri-negeri utama di Semenanjung sebelum melabuhkan tirai di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada 5 Oktober.

“Semoga Kelantan terus menjadi destinasi penting dalam kalendar sukan dunia,” ujar YB Zamakhshari.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook