Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pejabat Perikanan Negeri Kelantan serah 650 unit unjam, tingkat pendapatan nelayan
utama

Pejabat Perikanan Negeri Kelantan serah 650 unit unjam, tingkat pendapatan nelayan


Oleh: Asri Hamat

BACHOK, 13 Oktober – Pejabat Perikanan Negeri Kelantan telah melaksanakan Program Penyerahan Unjam kepada Komuniti Nelayan Negeri Kelantan pada tahun ini sebagai salah satu inisiatif memperkukuh sumber perikanan dan meningkatkan pendapatan nelayan di negeri ini.

Sehubungan itu, Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata sebanyak 650 unit unjam dengan kos RM130,000 telah diagihkan kepada komuniti nelayan di empat jajahan utama, melibatkan Jajahan Kota Bharu 225 unit termasuk 125 unit Ecological Fiscal Tranfer (EFT) dengan kos RM45,000, Jajahan Bachok 225 unit (termasuk 125 unit EFT) dengan kos RM45,000, Jajahan Pasir Puteh 100 unit dengan kos RM20,000 dan Jajahan Tumpat 100 unit dengan kos RM20,000.

“Program tersebut menyasarkan penglibatan komuniti nelayan tempatan dari keempat-empat jajahan, selain menggalakkan kehadiran para pemancing rekreasi dari dalam dan luar negeri Kelantan.


"Langkah ini dijangka mampu menjadikan kawasan unjam sebagai lokasi agro-pelancongan baharu sekaligus merangsang ekonomi setempat,Kata kenyataan tersebut lagi, program tersebut bertujuan memperbanyakkan sumber perikanan marin melalui pemasangan unjam, iaitu peranti pengumpulan ikan yang bertindak sebagai tempat pembiakan dan perlindungan bagi spesies ikan laut.

"Di samping itu, langkah ini juga menyasarkan peningkatan hasil tangkapan ikan dan pendapatan para nelayan secara mampan," katanya selepas menyampaikan unjam tersebut kepada komuniti nelayan di Jeti Nelayan Sador, di sini, hari ini.

Antara hasil yang dijangka daripada program berkenaan termasuk pemulihan biodiversiti marin secara lestari di perairan Kelantan, menjamin bekalan makanan berasaskan ikan kepada rakyat Negeri Kelantan mencukupi, peningkatan pendapatan nelayan serta penggiat industri hiliran serta mengukuhkan imej Negeri Kelantan sebagai destinasi rekreasi memancing yang terkenal.


Program tersebut sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam memastikan keterjaminan makanan negara, khususnya dalam sektor perikanan, selain menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti laut secara menyeluruh dan sistematik.

Sehubungan itu, beliau yakin usaha tersebut menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor perikanan yang lebih mampan dan memberi manfaat berterusan kepada rakyat negeri ini.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook