Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Program Big Hero lahirkan ketua keluarga bertanggungjawab

Program Big Hero lahirkan ketua keluarga bertanggungjawab


Oleh: Asri Hamat 

KOTA BHARU, 16 Oktober - Program Big Hero anjuran Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) merupakan program ilmu, khusus untuk kaum lelaki dalam usaha melahirkan ketua keluarga yang bertanggungjawab. 

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato'  Rohani Ibrahim berkata, lelaki sebagai ketua keluarga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keluarga. 

Maka katanya, lelaki hendaklah mencari ilmu untuk menguruskan hal yang berkaitan keluarga.

"Sebab itu kerajaan ambil tanggungjawab dengan menganjurkan program sebegini. 

Kita undang ketua-ketua keluarga untuk program big hero ini untuk memastikan ketua keluarga mempunyai kaedah untuk membawa keluarga kearah jalan yang betul, seterusnya membentuk keluarga mawaddah. 

"Kita mahu ketua-ketua keluarga yang berada dalam program ini dapat  menambah nilai kepimpinan sebagai ketua keluarga," katanya ketika berucap merasmikan Program Big Hero 2025 di Dewan Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji, hari ini. 

Untuk rekod, program Big Hero diperkenalkan sejak 2014 di bawah kelolaan U-KEKWA dengan nama Kursus Kecemerlangan Kerjaya dan Keluarga khusus untuk kaum lelaki selaku ketua keluarga dan organisasi. 

Program berkenaan telah beri nafas baharu dengan beberapa penambahbaikan.

Program Big Hero juga diadakan bersama ketua keluarga yang dalam proses pemulihan dari pusat tahanan sebelum kembali kepada keluarga.

Tambah Dato' Rohani, Kerajaan Negeri Kelantan juga telah menganjurkan pelbagai program untuk kesejahteraan keluarga di negeri ini. 

"Selain program Big Hero, kerajaan negeri turut menganjurkan pelbagai program lain untuk kesejahteraan keluarga di negeri ini. 

"Antaranya Sambutan Hari Keluarga Mawaddah, Sambutan Hari Suami Isteri, Sambutan Hari Ibu Bapa yang khusus kepada golongan lelaki samada suami atau ayah. 

"Ringkasnya, kerajaan negeri telah dan akan sentiasa berfikir, merancang dan melaksanakan bermacam-macam program dan bantuan untuk melihat semua rakyat Kelantan bahagia di dunia ini dan selamat di akhirat kelak," ujarnya.

Hadir sama, timbalan nya, YB Nor Asilah Mohamed diiringi Pengarah U-KeKWa Ilvira Mohd Dasuki.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook