Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Projek naik taraf rel kereta api ke Rantau Panjang 2026
utama

Projek naik taraf rel kereta api ke Rantau Panjang 2026

Oleh INTAN LESTARI  

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memuji Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff atas keprihatinan dan konsistensinya memperjuangkan pembangunan untuk manfaat rakyat di kawasan tersebut. 

Beliau berkata, Ahli Parlimen Rantau Panjang komited memperjuangkan usaha menaik taraf perkhidmatan rel kereta api dari Rantau Panjang ke Pasir Mas yang sudah lama terbiar. 

"Rantau Panjang bagus semenjak saya kenal beliau tahun 2008, ketika itu sama-sama pembangkang, konsisten memperjuangkan pembangunan rakyat Rantau Panjang. 

"Itu saya sokong, saya hormat. Itu sebab saya turun ke Rantau Panjang dan tinjau keadaan sebenar," katanya  di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut memaklumkan status perkhidmatan rel kereta api dari Golok ke Rantau Panjang dan Pasir Mas telah diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM264 juta.

Menurutnya, skop kerja projek tersebut merangkumi pembinaan landasan baharu, pembinaan pagar, naik taraf stesen Pasir Mas dan Rantau Panjang, serta sistem semboyan dan komunikasi moden.

Anthony berkata, projek penaiktarafan landasan Rantau Panjang ini merupakan hasil usaha bersama dengan Ahli Parlimen Rantau Panjang yang konsisten memperjuangkan kepentingan rakyat di kawasan tersebut.

"Projek ini dilulus selepas lawatan saya ke Rantau Panjang pada tahun 2024. Saya ucapkan terima kasih kepada YB atas sokongan konstruktif terhadap inisiatif tersebut," katanya.

Tambah beliau, projek terbabit akan menghidupkan semula laluan Pasir Mas ke Rantau Panjang sebagai laluan alternatif bagi perkhidmatan tren penumpang dan kargo, sekaligus memberi manfaat ekonomi kepada penduduk setempat.

Katanya projek berkenaan dijangka akan bermula pada tahun 2026 dan siap dalam tempoh tiga tahun.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook