Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Sambutan HSN 2025 peringkat Negeri Kelantan meriah di Dataran Masjid Muhammadi
utama

Sambutan HSN 2025 peringkat Negeri Kelantan meriah di Dataran Masjid Muhammadi


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco dan Media JBS Kelantan

KOTA BHARU, 12 Oktober – Dataran Masjid Jamek Muhammadi dimeriahkan warga Kelantan sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Negeri Kelantan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan Abdullah Hassan.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad merakamkan penghargaan kepada pihak Kementerian Belia dan sukan terutamanya Timbalan Setiausaha Kementerian (Pengurusan) di atas komitmen tinggi beliau yang sering turun padang ke Kelantan bagi menyokong usaha memperkasa pembangunan sukan di negeri ini.

“Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa bersedia memberikan kerjasama erat dengan kementerian dan agensi berkaitan demi kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif kesukanan.



"Kerajaan Negeri Kelantan juga sentiasa komited memperkukuh agenda kesukanan melalui pelbagai inisiatif dan program berteraskan komuniti dengan memberikan kerjasama yang baik terhadap kementerian dan juga agensi yang berkaitan," katanya menerusi satu hantaran di media sosial, pada Sabtu.

Sambutan HSN kali ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sukan komuniti yang menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, antaranya Larian Ria Madani 5km, Berjalan Ria Madani 2km serta Kayuhan Madani 15km yang mendapat sambutan hangat daripada masyarakat pelbagai lapisan umur.

Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk demonstrasi kecergasan, sukan tradisional dan walkabout melibatkan penyertaan aktif masyarakat setempat, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan kecintaan terhadap gaya hidup sihat.

Hari Sukan Negara merupakan inisiatif tahunan Kementerian Belia dan Sukan bagi menggalakkan budaya bersukan dan kecergasan dalam kalangan rakyat Malaysia, selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan menjelang 2030.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook