Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Selepas 51 tahun arak dihidang semula program kerajaan
utama

Selepas 51 tahun arak dihidang semula program kerajaan

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, banyak adat serta protokol rasmi kerajaan masih terikat dengan warisan penjajah termasuk menghidangkan arak.

Namun, protokol itu berubah pada tahun 1974 apabila PAS menyertai kerajaan Barisan Nasional dan menolak keras hidangan arak dalam Majlis Jamuan Negara.

Ketika itu pimpinan PAS mengutus Dato’ Asri Muda bertemu secara peribadi dengan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Husein untuk menyatakan keberatan menghadiri majlis Jamuan Negara sekiranya arak dihidangkan.

“Akhirnya Tun Razak membuat keputusan berani untuk tidak lagi menghidangkan arak pada Jamuan Negara,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.


Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, peristiwa itu membuktikan nilai Islam mampu membentuk dasar negara bukan secara paksaan, sebaliknya dengan kebijaksanaan dan prinsip teguh.

Bagaimanapun kata beliau selepas 51 tahun berlalu, tiba-tiba hidangan arak diadakan semula pada program anjuran rasmi kerajaan.

Katanya, tindakan itu dianggap sebagai langkah songsang yang mengundur ke belakang dan mencemarkan maruah negara.

Menurut Firdaus lebih mengaibkan lagi apabila ada pemimpin DAP mendakwa hidangan arak dalam majlis antarabangsa sebagai etika global.

“Arak bukan simbol kemajuan, tetapi lambang kelalaian dan kerosakan akhlak. Dahulu Malaysia pernah menunjukkan maruah dengan tidak tunduk pada budaya barat, kenapa kini perlu berpatah balik.

“Arak bukan etika global. Ia hanyalah etika manusia yang kehilangan arah,” katanya.

Baru-baru ini Majlis Makan Malam Gala ‘Global Travel Meet 2025’ yang melibatkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dilapor menghidangkan arak.

Program itu turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

 


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook