Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Siapakah bakal mengungguli HSK 2025?

Siapakah bakal mengungguli HSK 2025?

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharuddean Al-Haj Tengku Feissal

Oleh: Norzana Razaly  

KOTA DARULNAIM, 24 Oktober – Siapakah bakal mengungguli Hadiah Sastera Kelantan (HSK) 2025? 

Dunia sastera Kelantan kini memasuki fasa penuh debaran apabila bulan November semakin menghampiri. Nama-nama besar telah mula meniti di bibir pemerhati, namun keputusan rasmi kekal menjadi rahsia juri sehingga saat pengumuman disempurnakan kelak pada awal November.  

Persoalan turut berlegar dalam kalangan peminat, adakah karya arus perdana akan terus mendominasi, atau bakat baharu bakal mencipta kejutan pertama? 

Sehubungan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharuddean Al-Haj Tengku Feissal menegaskan bahawa sastera adalah medan kreativiti dalam pembinaan tamadun bangsa. 

“Bangsa yang besar ialah bangsa yang menulis, merakam dan memaknai pengalamannya. Negeri Kelantan mendukung semangat ini sejak sekian lama. Justeru, pengiktirafan terhadap para sasterawan adalah sebahagian daripada usaha memartabatkan akal budi Melayu yang berteraskan nilai Islam,” katanya.  

Mengimbas rekod penganjuran terdahulu, beliau memaklumkan bahawa komitmen kerajaan negeri terhadap HSK telah bertapak sejak edisi pertama pada tahun 2003, apabila Kerajaan Negeri Kelantan turut menyumbangkan dana bagi menjayakan majlis penyampaian hadiah bersekali dengan Anugerah Sastera Kelantan (ASK).  

Menurutnya lagi, sebelum ini HSK diadakan bersekali dengan ASK bermula tahun 2003. Kali kedua dianjurkan pada tahun 2015, kali ketiga ialah pada tahun 2019/2020 dan yang keempat ialah pada tahun 2023. 

"Kerajaan Negeri Kelantan telah menyediakan peruntukan yang lebih besar bagi memastikan penganugerahan tersebut berlangsung dengan penuh martabat. Tiga penganjuran HSK bersekali dengan ASK yang dilaksanakan sebelum ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kelantan. 

"ASK keempat disempurnakan oleh YBM Tengku Temenggung Kelantan pada 6 November 2023. Insya-Allah tahun ini, kita adakan dua pengiktirafan berprestij ini berasingan. Kita sempurnakan HSK 2025 dulu dan giliran saya pula menyampaikan pengiktirafan tersebut. Tiada aral, tahun depan kita anjurkan pula ASK 2026,” jelasnya, ketika dihubungi, hari ini.  

Beliau juga berharap dengan dukungan penuh Kerajaan Negeri Kelantan dan kerjasama erat DBPWT, HSK 2025 menjadi antara edisi paling dinanti sepanjang sejarahnya.  

Sementara itu, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) Ariza Che Ismail berkata penganjuran HSK merupakan salah satu platform penting dalam mengiktiraf peranan penulis sebagai pemikir dan penggerak ilmu dalam masyarakat. 

“HSK merupakan salah satu bentuk penghormatan kepada individu yang berkemahiran mengarang karya kreatif yang mempunyai ketinggian wacana ilmu, berfalsafah dan kaya kearifan tempatan yang boleh menjadi rujukan korpus peradaban,” jelasnya.  

Mengulas lanjut, beliau mengakui bahawa DBPWT menyanjung tinggi kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan atas sumbangan yang diberikan.  Beliau turut menzahirkan harapan agar pengiktirafan ini terus diperkasa melalui peluasan kategori penghargaan. 

“Di bawah naungan daripada Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pejabat SUK dan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Melayu, diharapkan penganjur bersama akan memperluas penganugerahan kepada lebih ramai tokoh dan penulis dengan mewujudkan kategori khusus bagi Hadiah Sastera Kelantan dan Anugerah Sasterawan Kelantan,” tambahnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook