Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Syarahan PMBI 2025 lahirkan pelapis kepimpinan negeri - Exco Penerangan

Syarahan PMBI 2025 lahirkan pelapis kepimpinan negeri - Exco Penerangan

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud

Oleh: Syamimi Manah

KOTA DARULNAIM, 15 Oktober – Pentas Akhir Syarahan Perdana Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) 2025 yang dianjurkan buat kali ketiga oleh Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN), menonjolkan usaha kerajaan negeri dalam melahirkan pelapis kepimpinan masa hadapan melalui medan pengucapan awam. 

Menurut Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud, penganjuran program tersebut penting bagi membentuk generasi muda yang berani berucap serta mampu memandu masyarakat ke arah kefahaman Islam yang sebenar. 

"Persembahan syarahan ini menampakkan adanya pelapis-pelapis kepimpinan masa depan. Semua pemidato hebat bermula dengan latihan pada usia muda. 

"Program seperti ini penting untuk membentuk generasi yang berani memandu masyarakat,” katanya ketika merasmikan program berkenaan di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini. 

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada UPKN dan barisan juri profesional yang komited menjayakan program tahunan tersebut, sambil berharap agar setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat melahirkan lebih ramai bakat pengucapan awam di pentas syarahan yang berwibawa.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook