Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Wanita Kelantan  bersemangat juang tinggi, aktif dalam dalam pelbagai bidang - YB Nor Asilah
utama

Wanita Kelantan bersemangat juang tinggi, aktif dalam dalam pelbagai bidang - YB Nor Asilah



Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media UKEKWA

KOTA BHARU, 7 Oktober - Wanita Kelantan telah lama diiktiraf dan terbukti mempunyai semangat juang yang tinggi dan aktif dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang ekonomi, kata Timbalan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Nor Asilah Mohamed Zin.

Beliau memberi contoh keberanian dan keaktifan wanita Kelantan dalam bidang perniagaan yang jelas kelihatan di pasar-pasar utama seperti Pasar Siti Khadijah, Pasir Mas dan Pasir Puteh yang menjadi penggerak utama aktiviti ekonomi tempatan.

“Di Pasar Siti Khadijah, aktiviti perniagaan dimonopoli oleh wanita. Jarang kita lihat lelaki berniaga di situ. Ini membuktikan betapa hebatnya wanita Kelantan dalam bidang ini.

"Statistik juga menunjukkan bahawa wanita merupakan majoriti di negeri ini, dengan 50.17 peratus berbanding lelaki 49.83 peratus. Ini menjadi antara faktor wanita lebih ramai berkecimpung dalam pelbagai bidang."


Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penutup di Majlis Penutup Bengkel Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi Majlis Perundingan Wanita Parlimen (MPWP) 2025 yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Ahad.

YB Nor Asilah turut menegaskan bahawa Islam tidak pernah mendiskriminasikan wanita. Peranan mereka diiktiraf oleh Rasulullah SAW sendiri.

“Inilah pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan mengambil panduan agama dalam pentadbiran. Maka hak wanita sentiasa terbela dan terjaga,” katanya.

Tambahnya, pelbagai program kerajaan negeri sejak 1990 dilaksanakan berasaskan prinsip Islam.


Beliau juga menyifatkan wanita Kelantan sebagai “tongkat serandang” kepada kerajaan negeri, yang memainkan peranan penting di rumah dan turut aktif mendidik dan membentuk generasi masa depan.

Mengulas mengenai MPWP, beliau menyifatkan badan itu sebagai platform terbaik untuk memperkasa wanita di Kelantan dan di seluruh Malaysia.

Beliau berharap melalui bengkel yang diadakan, ahli-ahli MPWP dapat memahami peranan dan tanggungjawab mereka untuk diterjemahkan dalam masyarakat, selaras dengan perubahan zaman dan cabaran teknologi moden.

“Kita perlu bersedia dengan kaedah terbaik untuk menghadapi cabaran semasa. Wanita harus terus menjadi ejen perubahan yang positif dalam masyarakat,” katanya.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Kerajaan Negeri Kelantan (PURNAMA) Datin Bahrulnurarifah Baharuddin, isteri wakil-wakil rakyat, Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KEKWA) Ilvira Mohd Dasuki dan Pengarah Smart Enterprise Suhail Mohd kamarudin.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook