Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Zapin Johor hangatkan pentas Karnival Cakna Rakyat Pengkalan Kubor 2025
utama

Zapin Johor hangatkan pentas Karnival Cakna Rakyat Pengkalan Kubor 2025


Oleh: Syamimi Manah

TUMPAT, 19 Oktober 2025 – Persembahan Tarian Zapin Johor oleh rombongan Majlis Daerah Pontian mencuri tumpuan pengunjung apabila berjaya menghangatkan pentas Karnival Cakna Rakyat DUN Pengkalan Kubor 2025 yang berlangsung meriah di Padang SMU(A) Nurul Huda SABK, Kajang Sebidang, semalam.

Menampilkan gerak tari yang anggun dan berirama rancak, rombongan dari Johor itu mempamerkan keindahan seni warisan Melayu, menjadikan satu kelainan bagi warga Pengkalan Kubor dengan elemen budaya Johor yang jarang ditampilkan di sini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Kubor YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat menyifatkan kehadiran rombongan tersebut sebagai simbol silang budaya antara Johor dan Kelantan yang memperkukuh semangat ukhwah melalui seni dan budaya bangsa.

“Persembahan menarik daripada Rombongan Majlis Daerah Pontian, Johor melalui Tarian Zapin Johor ini menjadi simbol silang budaya Johor–Kelantan yang memperkukuh ukhwah antara dua negeri melalui seni dan budaya warisan bangsa.


“Terima kasih kepada para penari dan warga Majlis Daerah Pontian atas persembahan yang memukau serta kerjasama erat yang ditonjolkan,” katanya.

Bertemakan pakaian klasik tradisional Melayu, karnival tersebut menyerlahkan keunikan warisan budaya apabila rakyat daripada 12 mukim tampil dalam busana klasik melayu yang mencerminkan jati diri bangsa.

Menurut Dato’ Wan Roslan, program berkenaan berperanan sebagai platform memperkukuh perpaduan, semangat kekeluargaan dan kesukarelawanan dalam komuniti setempat.

“Program ini menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh kekeluargaan dan semangat perpaduan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, urus setia, penghulu, pemimpin masyarakat dan peserta mukim atas komitmen mereka,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada agensi-agensi kerajaan yang turut serta menjayakan pameran sempena karnival tersebut termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tabung Haji, Pejabat Agama Jajahan Tumpat, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang karnival antaranya pertandingan khemah UDM tercantik, pameran agensi, sukaneka, perlumbaan motosikal klasik perlahan, sukan tarik tali, serta persembahan muay thai, tempur silat dan dikir barat, menjadikan suasana padang meriah dan penuh warna-warni.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook