Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 160 mangsa banjir dipindahkan di Pengkalan Kubor
utama

160 mangsa banjir dipindahkan di Pengkalan Kubor

TUMPAT: Seramai 160 mangsa banjir dari Kampung Geting dan Pantai Geting dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2 berikutan paras air yang semakin meningkat hari ini.

Adun Pengkalan Kubor, Datuk Wan Roslan Wan Hamat ketika meninjau keadaan di PPS berkenaan berkata, jumlah mangsa dijangka terus bertambah dari semasa ke semasa.

Oleh itu beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menguruskan pendaftaran dan penempatan mangsa.

Antara pihak yang terlibat iaitu Ameerah dan sukarelawan Dun  Pengkalan Kubor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), penggawa serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kata beliau kerjasama semua pihak memudahkan proses penempatan serta memastikan kebajikan mangsa banjir terjaga.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook