Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Ahmad Syihan, Nik Akif Syahiran dari LED ke peringkat kebangsaan
utama

Ahmad Syihan, Nik Akif Syahiran dari LED ke peringkat kebangsaan


Oleh: Syamimi Manah

KOTA DARULNAIM, 9 November – Program Liga Elit DUN (LED) anjuran Urus Setia Belia dan Sukan (U-BeS) sejak 30 tahun lalu terus membuahkan hasil apabila ramai pemain muda yang bermula di LED kini beraksi di peringkat negeri, profesional dan kebangsaan.

Antara pemain LED yang kini mencipta nama di peringkat lebih tinggi ialah Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (DUN Salor), yang kini bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan, serta Nik Akif Syahiran Nik Mat (DUN Mengkebang) yang pernah mewakili Kelantan, Terengganu, KUFC, Pulau Pinang dan kini beraksi bersama Imigresen FC.

Selain itu, Mohammad Fikri Che Soh (DUN Kijang) beraksi untuk Kelantan (KTRW), Muhammad Hakimi Abdullah (DUN Meranti) kini bersama Negeri Sembilan FC, dan Fakhrul Che Ramli (DUN Kemuning) dari Kelantan Darul Naim (WTS FC).

Dua lagi pemain dari DUN Panchor, Mohamad Khala’if Mohd Naskam dan Mohamad Khairul Rizam Che Soh, pernah mewakili pasukan negeri dan kelab profesional tempatan.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad berkata perkembangan itu membuktikan LED bukan sekadar pertandingan bola sepak peringkat komuniti, tetapi platform penting untuk melahirkan pemain berpotensi tinggi dan berdaya saing.

“Ramai pemain LED telah menunjukkan kemampuan di pentas lebih besar. Ini bukti jelas bahawa LED memainkan peranan penting sebagai medan pembangunan bakat bola sepak negeri,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulai Chondong YB Tuan Azhar Salleh pada Hari Kedua Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang ke-15 tahun 2025, hari ini.


“Ramai bakat muda yang bermula di padang-padang kecil sekitar DUN kini sudah beraksi di stadium besar, mewakili negeri dan negara. Inilah matlamat utama LED iaitu melahirkan pelapis bola sepak Kelantan yang berdisiplin, berdaya saing dan memiliki masa depan cerah dalam bidang sukan,” jelasnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook