Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Beberapa projek pembangunan di Kelantan catat kemajuan positif
utama

Beberapa projek pembangunan di Kelantan catat kemajuan positif


Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 10 November – Beberapa projek pembangunan utama di Kelantan menunjukkan perkembangan positif dan dijangka memberi impak besar terhadap pertumbuhan ekonomi negeri.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abdul Rahman berkata antara projek yang mencatat kemajuan ketara ialah Taman Industri (IBS) Machang, yang kini siap 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 4 April 2026.

“Kerja tanah sudah siap 100 peratus, kerja pembinaan mencapai 90 peratus manakala infrastruktur kini di tahap 76 peratus. Projek ini akan menjadi nadi baharu bagi pembangunan industri IBS di negeri ini."

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan pada Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan), Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2025, di Kompleks Kota Darulnaim, hari ketiga hari ini.

Katanya lagi, projek Bandar Perabot Gua Musang turut menunjukkan kemajuan apabila lawatan tapak telah diadakan pada 18 September 2025 yang disertai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YBM Dato’ Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Muhammad Faziharudean Al-Haj Tengku Feissal bersama Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah serta wakil Majlis Daerah Gua Musang.

"Lawatan tersebut memberi tumpuan kepada penilaian Fasa 1 yang merangkumi kerja pembersihan tapak, penandaan sempadan dan pemasangan pagar.

"Mesyuarat susulan bersama pihak terlibat dijadualkan pada 16 November 2025 bagi membincangkan langkah seterusnya," jelasnya.

Kerajaan negeri turut mengenal pasti penemuan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di kawasan Bandar Dato’ Bentara, Gua Musang, hasil kajian geologi dan penyelidikan sumber bumi yang dijalankan baru-baru ini.

"Penemuan dengan anggaran simpanan sebanyak 40,000 tan itu tertumpu di kawasan Panggong Lalat dan Ladang Paket, sekali gus membuka peluang ekonomi baharu kepada negeri.

"Susulan penemuan tersebut, kerajaan negeri kini sedang menguruskan perbincangan rasmi bagi pindaan Rancangan Tempatan Gua Musang 2020 (lanjutan 2025) serta pembangunan Rancangan Kawasan Khas (RKK) bagi kawasan berkenaan," ujarnya.

Bagi projek Madinah Assalam, beliau menjelaskan pembinaan 60 unit kedai satu tingkat di kawasan itu terpaksa ditamatkan kontrak pada 21 Mac 2024 selepas kontraktor tidak mampu meneruskan kerja berikutan kenaikan mendadak kos bahan binaan.

“Selain itu, kawasan tersebut merupakan tanah sawah rendah dan lembut yang memerlukan rawatan tanah lebih mahal daripada jangkaan awal. JKR sedang meneliti semula reka bentuk supaya lebih sesuai dengan keadaan tapak,” katanya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook