Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Dato’ Speaker rakam penghargaan kepada Ahli Dewan atas perbahasan konstruktif
utama

Dato’ Speaker rakam penghargaan kepada Ahli Dewan atas perbahasan konstruktif


Oleh: Syamimi Manah

KOTA DARULNAIM, 13 November – Speaker Dewan Negeri Kelantan YB Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ (Dr.) Mohd Amar Abdullah merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Dewan atas perbahasan yang konstruktif sepanjang Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Ke-15 tahun 2025.

Persidangan tersebut berlangsung selama lima hari bermula 6, 9 hingga 12 November 2025.

Beliau berkata, persidangan kali ini menyaksikan Kerajaan Kelantan membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM1.43 bilion bertemakan “Kelantan Sejahtera: Prihatin Rakyat, Ekonomi Berkat, Negeri Rahmat”.

"Belanjawan ini memberi fokus kepada kebajikan rakyat, pengukuhan ekonomi negeri serta pembangunan berteraskan nilai Islam" jelasnya di laman rasmi, semalam.

Tambahnya, persidangan tersebut telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Keluarga Islam 2025 bagi menggantikan Enakmen Keluarga Islam 2002.

"Langkah ini bertujuan memperkukuh institusi keluarga dan memastikan keadilan dalam masyarakat," jelasnya.

Menurutnya lagi, Dewan berkenaan juga meluluskan usul menolak federalisasi sumber dan hasil mineral tanpa partisipasi negeri, menegaskan hak dan kedaulatan Kelantan dalam mengurus hasil buminya sendiri.

“Moga segala pandangan, teguran dan saranan sepanjang sidang ini menjadi pencetus kepada kemajuan serta keberkatan pembangunan Negeri Kelantan yang kita cintai,” katanya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook