Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Dedah aurat di tempat awam hukuman denda, penjara
utama

Dedah aurat di tempat awam hukuman denda, penjara

 

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan perlu memperkukuh peruntukan undang-undang supaya isu pemakaian mencolok mata wanita Muslim dapat ditangani dengan berkesan.

Malah, peraturan seumpama itu sudah lama dikuatkuasa di Kelantan melalui Seksyen 23 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang menyentuh perbuatan mendedahkan aurat di tempat awam, termasuk hukuman denda dan penjara.

Sebaliknya di Wilayah Persekutuan, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 hanya memuatkan peruntukan umum berkaitan perbuatan tidak sopan atau berpakaian menyerupai jantina lain.

Wilayah Persekutuan tiada seksyen khusus menyentuh aurat atau pakaian.

Pendakwah bebas, Ustazah Asmak Husin berkata, garis panduan sedia ada hanya bersifat nasihat dan tiada kuasa undang-undang bagi mendakwa mana-mana individu yang didapati bersalah.

“Jika kerajaan benar-benar serius menjaga batas hiburan dan maruah masyarakat, pindaan akta tersebut perlu diberi perhatian.

“Menteri agama mempunyai bidang kuasa untuk membawa pindaan itu. Ia langkah lebih kukuh berbanding hanya melakukan semakan garis panduan,” katanya pada kenyataan di sini.

Baru-baru ini video muzik kumpulan Dolla berjudul Question dikecam pelbagai pihak kerana disifatkan terlalu mencolok mata.

Malah video tersebut mendapat teguran banyak pihak termasuk Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Kata menteri pihaknya juga sedang meneliti untuk mengenakan tindakan jenayah syariah terhadap selebriti beragama Islam yang berpakaian mencolok mata.

Berikutan itu syarikat rakaman Universal Music Malaysia menurunkan video tersebut ekoran kebimbangan orang berhubung penampilan ahli kumpulan Dolla yang dianggap tidak sesuai.

Asmak turut menyambut baik langkah ketegasan menteri mahu menyemak semula garis panduan hiburan membabitkan artis beragama Islam.

“Saya cadangkan kerajaan mencontohi Kelantan yang bukan sahaja mempunyai enakmen, malah peraturan turut dikuatkuasakan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Cara itu memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan melibatkan artis, penganjur dan pemilik premis, di mana semuanya terikat,” katanya.

Menurutnya juga bidang kuasa yang diberi PBT seperti dilaksanakan di Kelantan boleh diketengahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi melaksanakan pendekatan serupa.

Kata beliau juga isu aurat melibatkan soal maruah, identiti dan akhlak  tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan tegas.

Sebaliknya beliau berkata, sekiranya budaya hiburan dibiarkan atas nama hak asasi manusia menyebabkan ada pihak semakin berani sehingga hilang sensitiviti agama.

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook