Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kebajikan mangsa banjir dipastikan pada tahap terbaik, 37 PPS beroperasi – Exco Kebajikan
utama

Kebajikan mangsa banjir dipastikan pada tahap terbaik, 37 PPS beroperasi – Exco Kebajikan


Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 24 November – Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita terus komited bagi memastikan kebajikan mangsa berada pada tahap terbaik sepanjang Monsun Timur Laut 2025/2026.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato’ Rohani Ibrahim berkata, lawatan kerja yang diadakan pada 23 dan 24 November bertujuan memastikan setiap keperluan mangsa serta aspek pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berada dalam keadaan optimum.

Menurutnya, setakat pukul 2.00 petang tadi, empat daerah di Kelantan terlibat banjir dengan 37 PPS dibuka.

Sebanyak 9,180 mangsa daripada 3,386 keluarga direkodkan berada di pusat pemindahan.


Antara PPS yang telah dilawati ialah SK Pauh Sembilan, SK Pa’ Pura, SK Jelawat, SK Seri Tumpat 2 dan SK Kubang Batang pada 23 November.

Manakala SK Islah dan SK Chempaka pada 24 November.

“Lawatan ini memberi fokus kepada penilaian keperluan asas termasuk makanan, kelengkapan tidur, lampin bayi, tuala wanita dan ubat-ubatan selain memastikan aspek sanitasi, pengurusan keselamatano dan keselesaan mangsa dipantau secara berterusan.

"Tumpuan turut diberikan kepada golongan rentan seperti kanak-kanak, warga emas, OKU dan wanita hamil" katanya melalui kenyataan rasmi, hari ini.


Katanya lagi, semua PPS berada dalam keadaan terurus hasil kerjasama erat antara JKM, agensi keselamatan dan pihak pengurusan pusat pemindahan.

“Proses pendaftaran mangsa di PPS berjalan lancar melalui aplikasi InfoBencana JKM yang mempercepatkan semakan data dan penyelarasan bantuan,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Kelantan yang semakin cakna soal keselamatan.

“Setakat ini, tiada kes lemas akibat kelalaian dilaporkan. Ini menunjukkan kesedaran tinggi dalam kalangan keluarga untuk menjaga keselamatan anak-anak, warga emas dan ahli keluarga masing-masing.

"Paras air sungai di beberapa jajahan masih pada tahap berjaga-jaga dan pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa oleh agensi bertanggungjawab" ujarnya.

Dato’ Rohani turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan dan masyarakat setempat atas usaha berterusan membantu mangsa banjir.

"Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pusat Khidmat DUN, agensi keselamatan serta sukarelawan terus bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan gelombang susulan," katanya.

Dato' Rohani juga berterima kasih kepada pihak pengurusan sekolah yang memberi kerjasama baik dalam memastikan kelancaran operasi PPS dan kesejahteraan mangsa banjir.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook