Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kebun buah tin pertama di Pantai Timur
utama

Kebun buah tin pertama di Pantai Timur

 

Oleh Salmah Mat Husain

PASIR PUTEH: Kebun buah tin Ay Benefigs Farm berpotensi menjadi destinasi pelancongan baharu di Kelantan khususnya di jajahan Psir Puteh.

Kebun tersebut terletak di Kampung Permatang Sungkai, kini sering menjadi lokasi persinggahan program ride bermotosikal dan pelancong.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Nur Asilah Mohamed Zin berkata, kebun buah tin berkenaan merupakan yang pertama di Pantai Timur.

Katanya, usaha tersebut dirintis Dato’ Nazry Mohamad Nor berjaya membuka peluang ekonomi baharu di Kelantan dan memberi manfaat penduduk tempatan.

“Saya difahamkan setiap hujung minggu tiga bas membawa pelancong dari luar Kelantan datang bagi melihat tanaman buah tin.

"Begitu juga kumpulan skuter rider sering datang ke sini. Ia secara tidak langsung membantu merancakkan lagi ekonomi setempat," katanya ketika ditemui pada program Maxi Scooter di Ay Benefigs Farm, dekat sini semalam.

Program berkenaan anjuran bersama Kelab Kelantan Riders (KR), Kelab K-Riders, Kelab Rider Santai Bachok (RSB), Pusat Khidmat Dun Limbongan dan Pertubuhan Kebajikan & Pembangunan Insan Kelantan (PKPIK).

Turut hadir pemilik Ay Benefigs Farm, Mohd Nazri serta Pengarah Program Scooterian: Ride Muhibbab 1.0, Mohd Rosli Mahmood.

Nur Asilah yang juga Adun Limbongan turut mempelawa orang ramai datang ke AY Benefigs Farm bagi menikmati buah tin segar dan merasai suasana kebun yang nyaman serta unik.

Menurutnya juga pemilik kebun itu turut merancang memperbesarkan lagi kawasan ladang termasuk menanam pokok zaitun dan kepelbagaian tanaman.


 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook