Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan anjur INFEX 2026 di KL, tarik pelabur baharu
utama

Kelantan anjur INFEX 2026 di KL, tarik pelabur baharu


Oleh: Syamimi Manah

KOTA DARULNAIM, 11 November – Kerajaan Negeri Kelantan bakal menganjurkan Hari Pelaburan Kelantan@INFEX 2026 di Kuala Lumpur pada awal tahun hadapan sebagai usaha memperkukuh strategi pelaburan negeri dan menarik minat pelabur baharu.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abdul Rahman berkata program anjuran Bahagian Pelaburan Kelantan (Invest Kelantan) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu akan menjadi platform utama memperkenalkan potensi pelaburan serta peluang baharu di negeri ini.

“INFEX 2026 akan diadakan di Kuala Lumpur pada awal tahun 2026 dengan kerjasama MIDA untuk memberi pendedahan dan perkembangan terkini berkaitan peluang-peluang pelaburan di negeri Kelantan,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Limbongan YB Nor Asilah Mohamed Zin, pada Persidangan Belanjawan Dewan Negeri Kelantan, hari keempat, hari ini.


Menurut Dato' Md Anizam,, selain INFEX 2026, kerajaan negeri telah melaksanakan misi pelaburan antarabangsa, termasuk ke Jepun pada 27 Julai hingga 3 Ogos 2025 sempena Ekspo 2025 Osaka, dengan kerjasama MIDA dan ROHM Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd., bagi menarik pelabur berpotensi melalui konsep Smart Partnership.

Katanya, bagi menambah tarikan pelaburan negeri, kerajaan negeri sedang membangunkan Taman Industri (IBS) Machang yang dilengkapi infrastruktur moden bagi menarik pelabur sektor perindustrian dan teknologi.

“Kerajaan negeri juga melalui Unit Perancangan Ekonomi (UPEN) dan Bahagian Pelaburan Kelantan sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi daripada pusat seperti MIDA, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) serta syarikat berkaitan GLC dan bertemu dengan pelabur-pelabur berpotensi untuk melabur di negeri ini,” jelasnya.

Tambahnya, kerajaan negeri sentiasa terbuka menerima setiap permohonan pelaburan yang dipohon oleh mana-mana pelabur tanpa terikat kepada sektor pelancongan dan industri halal sahaja, selaras dengan Rancangan Struktur Negeri 2040.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook