Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan raikan kecemerlangan atlet muda sekolah agama
utama

Kelantan raikan kecemerlangan atlet muda sekolah agama


Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Page YIK

KOTA BHARU, 24 November – Kerajaan Negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) meraikan kecemerlangan atlet-atlet muda sekolah agama yang telah mengharumkan nama Kelantan di Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA), Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) dan Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama (MESMA) 2025.

Majlis Keraian Kontinjen Kelantan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Ugama Malaysia 2025 itu telah dirasmikan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat di sini, semalam.

YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan

Majlis tersebut bertujuan menghargai kejayaan atlet sekolah agama di bawah YIK yang telah mengharumkan nama negeri dalam pelbagai kategori pertandingan di peringkat kebangsaan.

Dalam ucapannya, Dato’ Wan Roslan menyifatkan pencapaian atlet sebagai bukti komitmen dan disiplin tinggi mereka.


“Tahniah kepada semua atlet daripada Yayasan Islam Kelantan yang terlibat, semoga terus maju jaya. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus cemerlang dalam sukan, ilmu dan sahsiah, serta memperoleh keberkatan Allah SWT,” kata beliau menerusi laman rasminya, semalam.

Selain menyantuni para atlet, jurulatih dan pengurus pasukan, YB Dato’ Wan Roslan turut menyampaikan sumbangan insentif kepada pasukan terbaik daripada ketiga-tiga kejohanan sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap usaha gigih mereka.


Sebagai rekod, kontinjen Kelantan telah membawa pulang tiga perak dan lima gangsa bagi MESMA, tiga perak dan dua gangsa bagi MIISMAM serta dua perak dan empat gangsa bagi kejohanan KESSUMA.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook