Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan umumkan SOP mendulang emas dalam masa dua minggu
utama

Kelantan umumkan SOP mendulang emas dalam masa dua minggu

Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan

Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 19 November — Kerajaan Negeri Kelantan akan mengumumkan garis panduan lengkap atau Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi aktiviti mendulang emas dalam tempoh dua minggu menerusi Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, cadangan memberikan kebenaran kepada rakyat untuk menjalankan aktiviti mendulang emas masih dalam penelitian dan belum dimuktamadkan.

Menurutnya, kenyataan beliau sebelum ini disalah tafsir seolah-olah kerajaan telah memberi kelulusan tanpa sebarang syarat sedangkan ia masih dalam proses perbincangan dan semakan.

“Saya sebut kerajaan bercadang. Kerajaan akan buat syarat. Maknanya kita belum laksana lagi. Kita sedang teliti syarat, garis panduan dan perkara lain sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Exco yang akan datang,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco, di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sedang menyediakan garis panduan bagi memastikan aktiviti mendulang emas dapat dibuat secara teratur tanpa menjejaskan keselamatan pendulang dan alam sekitar.

“Kita nak mengawal selia. Kita tak mahu ia jadi aktiviti yang tak terkawal. Mendulang kita benarkan, tetapi kalau guna peralatan tertentu yang sudah dikira industri, itu tak dibenarkan. Kalau bentuk industri, mereka perlu mohon lesen melombong,” jelasnya.

Menurutnya, cadangan itu turut mendapat sambutan baik rakyat dan kerajaan melihat potensi menjadikan aktiviti mendulang emas sebagai produk pelancongan baharu di Kelantan.

Beliau turut menjelaskan aspek harga, pembeli dan pemantauan jumlah pendulang akan diselaraskan melalui lesen yang bakal dikeluarkan.

“Semua itu penting supaya tidak berlaku penyalahgunaan dan untuk menjaga kepentingan pendulang, kerajaan serta alam sekitar,” katanya.

Mengulas mengenai kawasan mendulang emas, beliau berkata, banyak lokasi telah dikenal pasti, namun tidak semuanya sesuai kerana sesetengah deposit memerlukan perlombongan berskala industri.

Tambahnya, perlombongan emas tidak mudah kerana memerlukan kos yang tinggi dan setakat ini kerajaan negeri telah mengeluarkan 20 lesen tetapi yang aktif hanya empat, manakala yang beroperasi berskala besar cuma satu.

Beliau turut mengalu-alukan syarikat tempatan yang berkemampuan untuk menyertai industri itu.

“Kita terbuka kalau ada syarikat bumiputera yang betul-betul mampu. Silakan. Cuma setakat ini tidak banyak yang benar-benar boleh melaksanakan perlombongan besar,” katanya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook