Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kementerian Wanita hanya diperuntuk 1.5 peratus
utama

Kementerian Wanita hanya diperuntuk 1.5 peratus

Oleh Intan Lestari

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hanya diperuntukan sekitar 1.5 peratus daripada keseluruhan Belanjawan Madani 2026.

Sedangkan kementerian tersebut memainkan peranan penting menjaga kebajikan wanita, keluarga, kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) serta golongan rentan.

Ahli Parlimen Rantau Panjang Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, berdasar jumlah peruntukan tersebut menggambarkan kementerian terbabit tidak diberikan keutamaan sewajarnya dalam belanjawan kali ini.

“Sepatutnya kementerian berkenaan mendapat bajet yang lebih besar kerana tanggungjawabnya sangat luas.

“Namun, kita lihat dalam Bajet Madani 2026 peruntukan kepada KPWKM masih kecil dan tidak mencerminkan keutamaan kebajikan rakyat,” katanya di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap tekanan ekonomi yang dihadapi keluarga berpendapatan rendah, meskipun menerima bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Kadar kemiskinan luar bandar masih tinggi, iaitu 9.7 peratus. Apakah program yang disediakan untuk memperkasakan ekonomi keluarga kerana ia turut menyumbang masalah sosial,” ujarnya.

Menurut beliau, tekanan ekonomi berterusan memberi kesan langsung kepada institusi keluarga seperti laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan peningkatan kes penceraian dan keganasan rumah tangga.

Sehingga Oktober 2025 sebanyak 3,768 kes keganasan rumah tangga dilaporkan.

Oleh itu beliau menyarankan kerajaan memberi keutamaan baharu kepada pembinaan keluarga harmoni melalui program keluarga sejahtera, pendidikan keibubapaan serta kaunseling keluarga.

“Kita perlu memperbanyakkan pusat sokongan sosial setempat dan memperkukuh sokongan kesihatan mental supaya keluarga dapat dibangun dengan seimbang.

“Banyak isu sosial berpunca daripada masalah kesihatan mental yang tidak ditangani secara holistik,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan mewujudkan penunjuk kesejahteraan keluarga sebagai ukuran baharu dalam menentukan tahap kesejahteraan sosial rakyat.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook