Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kerajaan cuba tekan operasi tadika swasta
utama

Kerajaan cuba tekan operasi tadika swasta

 

Oleh Intan Lestari

KUALA LUMPUR: Cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mewajibkan semua institusi pendidikan prasekolah swasta berdaftar di bawah kementerian dianggap menjejaskan operasi tadika swasta.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff menyifatkan cadangan tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengusaha prasekolah termasuk  Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di bawah kendalian PAS.

Katanya, cadangan kementerian itu dianggap sebagai strategi kerajaan untuk mewajibkan semua tadika termasuk Pasti berada di bawah pengawasan KPM.

“Tindakan itu mungkin menjejaskan autonomi serta peranan unik Pasti dalam sistem pendidikan awal sejak berpuluh tahun lalu.

“Pasti selama ini berperanan besar dalam melahirkan pelajar berkualiti dalam akademik dan sahsiah meskipun beroperasi tanpa peruntukan kerajaan.

"Saya bimbang ia akan menjejaskan operasi tadika swasta yang selama ini turut membantu memperkukuhkan pendidikan awal kanak-kanak,” katanya di sini semalam.

Baru-baru ini Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh menggesa kesemua tadika swasta di negara ini berdaftar di bawah kementerian itu.

Menurutnya langkah tersebut supaya kesemua tadika dapat mengguna pakai kurikulum prasekolah KPM sedia ada.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, sebarang perubahan dasar tidak boleh dibuat secara terburu-buru kerana ia boleh menjejas operasi pengusaha tadika swasta yang sudah lama beroperasi.

Sedangkan katanya Pasti dan tadika swasta beroperasi selaras dengan dasar pendidikan negara.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook