Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kewangan Kelantan stabil: Defisit menurun, pembalakan terendah lima tahun
utama

Kewangan Kelantan stabil: Defisit menurun, pembalakan terendah lima tahun


Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 11 November - Kelantan mengekalkan kedudukan kewangan yang stabil dengan defisit belanjawan yang semakin mengecil, mencatat kutipan hasil yang memberangsangkan dan merekodkan penggunaan kuota pembalakan terendah dalam tempoh lima tahun.

Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-Undang YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata demikian ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Negeri Kelantan bagi Kali Ketiga (Belanjawan), Penggal Ke-15, di sini, pada Isnin.

Katanya, Kelantan hampir mencapai sasaran hasil tahunan apabila kutipan sehingga 2024 mencatat RM907.88 juta, bersamaan 94 peratus pencapaian terhadap sasaran. Kerajaan negeri berkeyakinan mencapai 100 peratus kutipan hasil pada 2026.

“Penurunan defisit turut direkodkan pada tahun 2024 sebanyak RM178.49 juta berbanding RM93.02 juta sahaja pada tahun 2025. Sementara pada tahun 2026 dijangka mencapai jumlah RM86.20 juta. Penyusutan defisit bermula tahun 2024 hingga tahun 2025 mencatat pengurangan 47.88 peratus, dan terus menurun kepada 7.33 peratus pada 2026. Akaun semasa negeri bagi tahun 2024 menunjukkan lebihan RM10.92 juta,” jelasnya.

Antara terimaan bukan hasil yang menyokong kedudukan kewangan negeri ialah Wang Ehsan sebanyak RM238.87 juta, geran per kapita sebanyak RM28.39 juta dan pembiayaan kos pengurusan jabatan sebanyak RM33.41 juta.

Dato’ Dr. Mohamed Fadzli juga memaklumkan bahawa perbelanjaan mengurus bagi tahun 2026 diunjurkan meningkat kepada RM1.10 bilion, tambahan RM12.42 juta berbanding tahun 2025.

“Peningkatan ini didorong oleh pelarasan gaji dan elaun tahunan sebanyak 3 peratus, campur 7 peratus (SSPA), bayaran balik deposit kerajaan RM2 juta, dan peruntukan untuk program kesejahteraan rakyat dan pembangunan digital.

Antara inisiatif utama yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ialah pembinaan Rumah Dhuafat, Skim Mikro Usahawan, Program digital & AI, Marketplace Negeri, Tuisyen Rakyat Percuma serta Sukan dan pembangunan belia termasuk SUKMA ke-22.

Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri juga melaksanakan strategi pengukuhan hasil menerusi penguatkuasaan kutipan cukai tanah yang meningkatkan hasil RM13.74 juta pada 2024.

“Kemudahan pembayaran dalam talian melalui portal rasmi mencapai 18.11 peratus pada tahun 2024 Potongan denda serta kutipan di lokasi awam untuk memudahkan rakyat,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Kelantan mencatat rekod penggunaan kuota pembalakan paling rendah dalam tempoh lima tahun di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

“Daripada keseluruhan kuota 19,500 hektar, hanya 5,305 hektar digunakan atau 27.2 peratus sahaja,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa perincian penggunaan kuota tahunan menunjukkan penurunan konsisten iaitu pada tahun 2021 sebanyak 1,277 hektar, tahun 2022 sebanyak 1,702 hektar, pada tahun 2023 sebanyak 740 hektar.

Jumlah semakin merendah pada tahun 2024 sebanyak 846 hektar dan dalam anggaran 740 hektar sahaja pada tahun 2025.

“Sebanyak 14,195 hektar kekal tidak disentuh, membuktikan komitmen negeri terhadap kelestarian hutan dan pengurusan sumber semula jadi secara berhemah,” ujarnya.

Tambahnya, Kelantan memiliki 93 ketul jongkong emas seberat 1 kilogram setiap satu sebagai aset simpanan bernilai hampir RM51 juta berdasarkan harga semasa.

“Emas tersebut tidak dicairkan kerana menjadi sandaran pinjaman Kerajaan Persekutuan yang mensyaratkan jaminan aset bernilai seperti tanah atau emas. Simpanan aset tersebut tidak direkodkan dalam akaun kerajaan negeri kerana sistem perakaunan berasaskan tunai,” ujarnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook