Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kita nak buktikan belia di negeri ini berkualiti – ADN Belia Bunut Payong
utama

Kita nak buktikan belia di negeri ini berkualiti – ADN Belia Bunut Payong

Ahli Dewan Negeri (ADN) Belia Bunut Payong, Muhammad Asyraf Roshdi Amin

Oleh: Syamimi Manah

KOTA DARULNAIM, 19 November – “Kita nak buktikan belia di negeri ini berkualiti dan mampu bersaing dengan mereka yang hebat di luar.”

Demikian penegasan Ahli Dewan Negeri (ADN) Belia Bunut Payong Muhammad Asyraf Roshdi Amin, 19, ketika ditemui selepas penangguhan Persidangan Dewan Belia Negeri Kelantan Penggal Pertama Sesi 2025/2026, semalam.

Asyraf berkata semua usul yang diluluskan dalam persidangan tersebut membawa nilai penting kepada pembangunan negeri dan belia.

“Usul yang diluluskan ini semua baik untuk pembangunan negeri, ekonomi dan belia Kelantan,” katanya.

Beliau turut berharap tindakan susulan dapat dimulakan segera.

“Harapan saya, selepas usul ini diluluskan, biarlah ada gerak kerja yang dilakukan demi kebaikan negeri dan pembangunan ekonomi khususnya golongan belia,” ujarnya.

ADN Belia Kemahang, Mukminah Mohamad

Manakala ADN Belia Kemahang Mukminah Mohamad, 24, pula menyifatkan persidangan itu sebagai ruang besar buat anak muda Kelantan menyampaikan suara mereka.

“Saya rasa sangat bersyukur sebagai anak Kelantan, sebagai ADN Belia diberi peluang untuk menyuarakan idea dan pandangan dari sudut belia untuk membantu kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, ADN Belia Lantikan Khas Ahmad Syakir Mohd Haili, 23, menzahirkan penghargaan kepada Kelantan Future Leader Institute (KFLI) yang menyediakan platform untuk belia mengangkat idea baharu.

ADN Belia Lantikan Khas, Ahmad Syakir Mohd Haili

“Terima kasih kepada Kelantan Future Leader Institute kerana memberi peluang kepada ahli-ahli belia untuk memberi suara dan mengangkat idea-idea yang baru,” katanya.

Beliau mengakui suara belia semakin didengari dengan jelas.

“Teruja dan terharu apabila suara belia di Kelantan ini tidak terbungkam, malah didengari,” ujarnya.

Syakir juga mengajak golongan muda terus tampil menyumbang pandangan.

“Saya menyeru semua rakan-rakan belia untuk terus bersama menyuarakan pandangan di setiap platform dan semua peringkat. Sama-sama kita majukan belia Kelantan bertepatan dengan Dasar Membangun Bersama Islam,” gesanya.

Wakil Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan (MPPOK) Ismail Yusoff, 23, pula berpuas hati dapat membawa suara komuniti OKU ke Dewan Belia.

Wakil Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan (MPPOK), Ismail Yusoff

“Sangat berpuas hati dapat mengangkat suara OKU dalam sidang ini,” katanya.

Beliau turut mengakui pengalaman berhujah di Dewan memberi keyakinan baharu.

“Ada rasa takut untuk berbahas tetapi saya perlu yakin dengan diri sendiri,” katanya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook