Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kontraktor nilai tahap kerosakan pejabat Putik
utama

Kontraktor nilai tahap kerosakan pejabat Putik

 

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Kontraktor yang dilantik akan menilai tahap keselamatan sturuktur bangunan pejabat Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) yang terbakar pagi semalam.

Pengerusi Aset PAS Kelantan, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, pihak kontraktor yang dilantik akan menilai dan membuat pemeriksaan menyeluruh berkaitan aspek keselamatan bangunan berkenaan.

Katanya, berdasar pemerhatian awal bangunan tersebut masih berpotensi dibaik pulih dan dibina semula.

“Bagaimanapun untuk kepastian kita kena tunggu laporan pakar dalam bidang binaan untuk pastikan ia masih selamat untuk digunakan atau sebaliknya,” ujarnya ketika ditemui di Putik hari ini.

Semalam media melaporkan pejabat pengurusan dan pondok pengawal di Putik bersebelahan kampus Institut Pendidikan Guru terbakar.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan 1, Che Mazlan Mohamed, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.31 pagi.

Kebakaran terbabit melibatkan sebuah pondok pengawal dan pejabat pengurusan Putik yang membabitkan kemusnahan 80 peratus.

Bagaimanapun foto bekas Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tergantung di dinding pejabat Putik tidak hangus pada kejadian tersebut.

Hanifa berkata, difahamkan kebakaran berpunca daripada penghawa dingin yang berada di bahagian luar bangunan.

“Mungkin faktor hujan menyebabkan sistem penghawa dingin  gagal berfungsi. Namun punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa. Ketika kejadian tiada pengawal keselamatan di lokasi,” ujarnya.

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook