Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Makanan Kelantan murah, catat inflasi terendah
utama

Makanan Kelantan murah, catat inflasi terendah

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, YB Datuk Kamarudin Md. Nor

Oleh: Syamimi Manah

KOTA DARULNAIM, 27 November — Kelantan muncul sebagai negeri dengan kos makanan paling rendah di Malaysia apabila Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan kadar inflasi di Kelantan hanya 0.1 peratus bagi Oktober 2025 berbanding graf pada September ialah 0.5 peratus dan merupakan terendah di seluruh negara.

Data DOSM menunjukkan enam negeri mencatatkan inflasi melebihi kadar nasional 1.3 peratus, iaitu Johor (1.9 peratus), Negeri Sembilan (1.7 peratus), Selangor (1.6 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.6 peratus), Melaka (1.4 peratus) dan Terengganu (1.4 peratus).



Mengulas perkembangan itu, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md. Nor bersyukur dan menyifatkan dapatan tersebut sebagai satu petunjuk positif terhadap budaya perniagaan di negeri ini.

“Syukur alhamdulillah atas fakta yang dikeluarkan oleh DOSM pada 21 November lepas. Terima kasih kepada para peniaga makanan dan lain-lain perkhidmatan atas kesedaran mereka untuk tidak mengaut untung yang berlebihan di samping menjaga kualiti yang dilestarikan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, hasil kefahaman para peniaga tentang keberkatan rezeki yang diperolehi dengan memperbanyakkan infak, menjadikan antara faktor kos sara hidup di Kelantan terus kekal rendah dan mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

“Budaya peniaga di Kelantan memang turun-temurun suka memberi lebih atau mengambil untung yang sikit sahaja dalam jual-beli. Tapi kualiti tetap dijaga. Contohnya, sejak zaman dulu kala lagi budaya ini diamalkan. Kita beli seikat sayur pucuk manis, penjual hadiahkan segenggam taugeh. Sikap pemurah ini sudah sebati dengan peniaga kita. Sampai sekarang masih diamalkan. Dengan demikian, kos sara hidup di Kelantan menjadi yang sangat berpatutan untuk semua berbanding negeri-negeri lain di negara kita,” ujarnya.

Menurutnya, kelebihan itu bukan sahaja memanfaatkan penduduk setempat bahkan memberi kesan langsung kepada sektor pelancongan.

“Dari sudut pelancongan, keadaan ini amat menggalakkan para pelancong dan pengunjung untuk berulang kali datang ke Kelantan,” jelasnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook