Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Menteri akui Maritim buat latihan di Masjid Rusila
utama

Menteri akui Maritim buat latihan di Masjid Rusila

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail akhirnya menjelaskan individu yang memasuki Masjid Rusila di Marang pada 19 September lalu adalah anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang terbabit dengan latihan. 

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Dato’ Seri Takiyuddin Hassan berkata,  Menteri Dalam Negeri telah memberi penjelasan bahawa ia merupakan sebahagian daripada latihan.

Menurutnya, sewaktu membuat penggulungan, menteri mengakui  memang betul ada aktiviti dibuat dalam masjid iaitu aksi lari daripada jurulatih dan ia adalah satu sesi latihan.

“Namun, saya berharap kejadian seperti itu tidak akan berulang, jadi saya menganggap isu itu telah selesai selepas penjelasan dibuat. Saya percaya perkara itu sudah diselesaikan," katanya selepas Majlis Perasmian Pasar Berek 12, di sini, hari ini.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat mengemukakan usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul supaya Takiyuddin (PN-Kota Bharu) dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa membuat tuduhan terhadap Maritim.

Usul itu memohon agar beliau menarik balik kenyataan dan memohon maaf kepada Dewan Rakyat atas dakwaan berkenaan.

Takiyuddin juga berkata, beliau akan menyerah jawapan bertulis kepada Speaker Dewan Rakyat berhubung usul untuk merujuknya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan kenyataannya terhadap Maritim baru-baru ini.

Katanya, tempoh tujuh hari diberi kepadanya untuk menjawab isu dakwaan beliau  yang mendakwa anggota Maritim menyerbu Masjid Rusila tanpa sebarang makluman kepada pihak masjid. 

“Saya akan menyerahkan jawapan kepada Speaker Dewan Rakyat, jadi terpulang kepada Speaker untuk memutuskan tindakan seterusnya,” ujarnya. 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook