Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pembangunan minda rakyat dimantapkan melalui Pentadbiran Ihtirafi, DPRK
utama

Pembangunan minda rakyat dimantapkan melalui Pentadbiran Ihtirafi, DPRK


Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 9 November — Kerajaan Negeri Kelantan terus memperkukuh agenda pembangunan minda rakyat melalui pendekatan bersepadu merangkumi pentadbiran, ekonomi dan pendidikan sebagai teras menuju kesejahteraan negeri selaras dengan tuntutan syariah.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata fokus kerajaan adalah membina modal insan yang berilmu, berintegriti dan berakhlak tinggi sekali gus melahirkan modal insan berkualiti yang mampu memacu pembangunan negeri secara mampan.

Beliau menjelaskan perkara itu ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Pasir YB Mohamad Nasriff Daud Yatimee yang bertanya mengenai hala tuju pembangunan minda rakyat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (Belanjawan) Kali Ketiga Bagi Penggal Ke-15 Tahun 2025, hari ini.


Menurutnya lagi, di peringkat pentadbiran, kerajaan negeri memperkenalkan Konsep Pengurusan Ihtirafi sebagai teras budaya kerja profesional.

"Konsep ini dibangunkan melalui lima ciri utama. Pertama, Hawariyyun yakni pendukung perjuangan dan matlamat organisasi. Kedua, Kafa’ah iaitu akhlak Islami serta integriti dalam setiap tindakan. Ketiga, Wafa’ Bil ‘Uqud iaitu komitmen kepada pencapaian piawaian terbaik. Keempat, Himmatul ‘Amal ialah peningkatan kualiti dan cita-cita profesional. Manakala kelima ialah Hafazah, memelihara dan meningkatkan imej profesion," jelasnya.

Mengulas berkenaan pelaksanaan modul ihtirafi yang diselaraskan melalui Pusat Sumber Manusia pula, beliau memaklumkan bahawa setakat ini, empat siri latihan Program Sijil Tasawwur Islam telah diadakan yang membabitkan 127 pegawai kumpulan pengurusan dan profesional.

Selain itu, Program Diploma Eksekutif Tasawwur Islam yang bermula pada 30 Julai 2018 turut melibatkan 30 penjawat awam terpilih, sebagai kelompok pelaksana dasar peringkat strategik.

Sementara itu, dalam sektor Pendidikan, Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) diterapkan di semua sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dengan penekanan kepada pendidikan berteraskan wahyu dan pembentukan jati diri Qurani.

Menurutnya, setakat tahun 2024, Kelantan mencatat rekod berjaya melahirkan 5,370 hafiz dan hafizah. Daripada jumlah itu, sebanyak 3,572 pelajar tahfiz sepenuh masa di sekolah YIK (tidak termasuk institusi swasta).

“Inisiatif pendidikan ini diperluas ke Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), pusat pengajian pondok serta pondok moden seluruh negeri. Begitu juga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) yang turut memperkasa pembangunan minda rakyat melalui empat program utama.

“Membina Generasi Solat, Membina Generasi Al-Quran, Penubuhan Pusat Tarannum Al-Quran dan pelantikan 2,700 guru Al-Quran di bawah Bahagian Dakwah dan Halaqat,” jelasnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook