Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pemegang tauliah MAIK hanya boleh ajar fahaman ASWJ, Mazhab Syafie
utama

Pemegang tauliah MAIK hanya boleh ajar fahaman ASWJ, Mazhab Syafie


Oleh: Asri Hamat
Kredit Foto: Unit Media MAIK

KOTA BHARU, 4 November – Pemegang tauliah mengajar agama di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hanya dibenarkan menyampaikan ajaran berteraskan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan berpegang kepada fiqh mazhab Syafie di negeri ini.

Yang Dipertua MAIK merangkap Tengku Temenggong Kelantan, YBM Tengku Tan Sri Dato’ Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata ketetapan itu adalah selaras dengan tafsiran ASWJ yang diperincikan dalam Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan perkara 4 (1).

Menurutnya, perlembagaan tersebut menjelaskan bahawa ASWJ membawa maksud mazhab Abu Hassan al-Ash‘ari dan Abu Mansur al-Maturidi, serta mereka yang mengikut landasan kedua-dua tokoh berkenaan.

“Ini menzahirkan bahawa Negeri Kelantan menjadikan pegangan akidah Maturidiah sebagai definisi rasmi bagi ASWJ di sisi perlembagaan negeri,” katanya ketika berucap pada Seminar Pemantapan Ilmu Kepada Pemegang Tauliah Mengajar MAIK 2025, di sebuah hotel di sini, semalam.


Dato' Tengku Mohamad Rizam turut menegaskan bahawa berdasarkan perkara 6 perlembagaan negeri, Tuanku Al-Sultan merupakan Ketua Agama Islam Negeri Kelantan, dan titah perintah baginda wajib dilaksanakan, khususnya dalam urusan pentadbiran agama.

"Pihak MAIK sentiasa mendapatkan nasihat dan perkenan Tuanku dalam melaksanakan dasar serta garis panduan, termasuk berkaitan tauliah mengajar agama,” katanya.

Beliau menegaskan MAIK memandang serius sebarang pelanggaran garis panduan oleh pemegang tauliah dan mewajibkan mereka menghadiri program anjuran MAIK bagi memperkukuh kebersamaan dan kesefahaman hala tuju dakwah.

Katanya lagi, keterlibatan pemegang tauliah bersama MAIK dalam mendepani isu-isu semasa yang bertentangan dengan amalan ASWJ menunjukkan kesepaduan jitu dalam memastikan masyarakat kekal utuh dan tidak terpengaruh dengan ajaran atau fahaman yang bertentangan.

Beliau turut mengingatkan bahawa pemegang tauliah perlu mendapatkan persetujuan pihak masjid atau penganjur terlebih dahulu sebelum menyampaikan pengajaran agama di mana-mana premis.

“Penceramah juga tidak dibenarkan menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan akidah ASWJ, menyentuh hal berkaitan institusi istana, membangkitkan isu khilafiah yang boleh membawa kepada perpecahan ummah, atau menyentuh isu politik serta peribadi individu,” jelasnya.

Di samping itu, penceramah juga perlu mematuhi peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tidak menyampaikan kuliah yang bercanggah dengan dasar MAIK, kerajaan negeri, atau kerajaan persekutuan.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YBM Dato’ Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean AL-HAJ Tengku Feissal, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Mohd Asri Mat Daud, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan YAA Dato’ Ibrahim Deris, Mufti Kerajaan Negeri Sabah Sahibus Samahah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar, Timbalan Mufti Negeri Kelantan YB Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Timbalan Yang Dipertua MAIK Dato’ Mohd Anis Hussein, Ketua Polis Kelantan YDH CP Dato’ Mohd Yusoff Mamat dan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Dato’ Zulkifle Abdul Rahman.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook