Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pemikiran Tok Guru merentas zaman, terus jadi rujukan dasar negeri - Dato’ Wan Roslan
utama

Pemikiran Tok Guru merentas zaman, terus jadi rujukan dasar negeri - Dato’ Wan Roslan


Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 17 November - Warisan intelektual dan kepimpinan Tuan Guru Tan Sri Dato’ Bentara Setia Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menjadi rujukan dasar negeri apabila prinsip dan gagasan beliau kekal memandu hala tuju pembangunan Kelantan hingga hari ini.

Penegasan itu disampaikan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Seminar Ketokohan Tok Guru Bentara Setia 4.0 2025 anjuran Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.



Menurut Dato’ Wan Roslan, Tok Guru merupakan negarawan Islam yang berjaya mengadun ilmu, iman dan kepimpinan sehingga dasar-dasar yang digagaskannya kekal relevan merentas zaman.

“Selama lebih dua dekad kepimpinan beliau, Tok Guru telah mengangkat martabat Islam sebagai asas pentadbiran dan pembangunan negeri. Gagasan Membangun Bersama Islam bukan sahaja menjadi panduan kerajaan negeri, tetapi turut menjadi model pelaksanaan dasar berteraskan Islam dalam masyarakat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa kesinambungan dasar tersebut dapat dilihat daripada pelaksanaan Merakyatkan Membangun Bersama Islam dan seterusnya Penghayatan Membangun Bersama Islam, yang membuktikan bahawa ideanya bukan bersifat konservatif, tetapi hidup dan senantiasa berkembang mengikut tuntutan semasa.

Dato’ Wan Roslan yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah KIAS menegaskan, seminar tersebut membawa makna tersendiri kerana KIAS sendiri lahir daripada ilham dan pandangan jauh Allahyarham Tok Guru.

“Tok Guru amat menekankan kepentingan ilmu sebagai alat kemajuan dunia. Lebih daripada itu, ilmu ialah jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbaiki masyarakat. Maka KIAS perlu kekal menjadi wadah melahirkan insan berilmu, berakhlak, berjiwa dakwah dan memiliki semangat perjuangan Islam sebagaimana yang dicontohkan oleh Allahyarham,” ujarnya.

Dalam konteks cabaran pendidikan tinggi masa kini, beliau menegaskan bahawa prinsip Tok Guru masih utuh dan terus relevan.

“Tok Guru mengajar bahawa kemajuan sebenar bukan diukur melalui angka ekonomi atau kemodenan fizikal, tetapi pembangunan insan yang seimbang dari aspek rohani, jasmani, intelektual dan akhlak.”

Sehubungan itu, Dato’ Wan Roslan menyeru IPTG, KIAS serta institusi negeri lain memperkukuh penyelidikan, inovasi dan pembangunan dasar berteraskan pendidikan Islami, sambil menjadikan pemikiran Tok Guru sebagai inspirasi utama dalam merangka agenda masa depan Kelantan.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook