Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Penampilan selebriti perlu ada batas susila
utama

Penampilan selebriti perlu ada batas susila

KOTA BHARU: Kemunculan kumpulan Dolla dengan menampilkan pakaian di luar garis syarak menjadi perdebatan awam kerana ada ahlinya beragama Islam.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, isu tersebut menimbulkan perdebatan hangat.

Katanya ramai melemparkan kritikan terhadap cara mereka berpakaian.

“Di tengah perkembangan fesyen global, wujud satu persoalan penting bagaimana keseimbangan dapat dicapai antara kebebasan berkarya dan tanggungjawab sosial.

“Lebih penting lagi ia melibatkan artis Muslim yang muncul di ruang awam. Malaysia merupakan sebuah negara majmuk, namun majoriti rakyat beragama Islam,” katanya di sini. 

Pada 6 November lalu muncul video yang memaparkan pakaian tidak senonoh kumpulan Dolla sehingga mendapat kecaman pelbagai pihak.

Seorang ahli kumpulan terbabit dikenali Sabronzo beragama Islam.

Ekoran itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr  Na’im Mokhtar menyifatkan pakaian kumpulan itu sebagai tidak sesuai dan tidak menghormati sensitiviti budaya serta agama.

Beliau turut mempertimbangkan tindakan undang-undang syariah terhadap ahli kumpulan yang beragama Islam.

Ekoran teguran menteri menyebabkan Universal Music Malaysia menurunkan video muzik terkini Dolla, ‘Question’ yang mencetuskan reaksi panas kerana pakaian mereka dianggap menjolok mata.

Bagaimanapun kenyataan menteri dianggap tidak wajar oleh peguam aktivis hak asasi manusia, Latheefa Koya kerana mencadangkan diambil tindakan syariah terhadap Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo).

Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang berkata, apa yang diketengahkan kumpulan Dolla seolah-olah mencerminkan perubahan besar dalam landskap fesyen artis di Malaysia.

Kata beliau walaupun terdedah kepada budaya global melalui media sosial, nilai kesopanan dan ketatasusilaan masih dijadikan kayu ukur utama dalam menilai penampilan seseorang termasuk golongan selebriti.

“Kes Dolla menunjukkan masyarakat masih sensitif terhadap gaya berpakaian yang dianggap terlalu seksi atau mencolok mata. Kritikan bukan sekadar soal estetika, tetapi soal identiti dan budaya yang dirasakan tidak dihormati.

“Dalam konteks ini, pakaian artis bukan sekadar pilihan peribadi. Ia dibaca sebagai simbol nilai dan contoh kepada jutaan penonton, khususnya remaja,” ujarnya.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook