Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Penjawat awam anak Kelantan diseru kekalkan “Syakhsiyyah Islamiyyah” - Dato' Dr. Fadzli
utama

Penjawat awam anak Kelantan diseru kekalkan “Syakhsiyyah Islamiyyah” - Dato' Dr. Fadzli


Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 5 November - Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan menyeru semua penjawat awam anak Kelantan agar mengekalkan jati diri dan akhlak terpuji sebagai cerminan “Syakhsiyyah Islamiyyah” susulan laporan yang menunjukkan Kelantan mencatatkan jumlah penjawat awam tertinggi di negara ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa yang memaklumkan bahawa berdasarkan data Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) sehingga 24 September 2025, Kelantan merekodkan 170,383 penjawat awam, bersamaan 13 peratus daripada keseluruhan 1.3 juta penjawat awam di Malaysia.

Angka tersebut menjadikan Kelantan negeri dengan penglibatan tertinggi dalam sektor awam, meliputi pelbagai skim perkhidmatan tetap dan berwaran sah, tidak termasuk perkhidmatan polis dan tentera.

Dr. Zaliha menjelaskan bahawa statistik tersebut tertakluk kepada proses pengemaskinian berkala oleh pegawai sumber manusia di setiap agensi bagi memastikan ketepatan data dan keberkesanan tadbir urus sumber manusia perkhidmatan awam.

Mengulas perkembangan itu, Dato’ Dr. Mohamed Fadzli menzahirkan rasa syukur atas pencapaian tersebut dan menyeru agar setiap anak Kelantan yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam di seluruh negara terus membawa nama baik negeri dengan menonjolkan nilai dan peribadi unggul.

“Kita mahu semua anak Kelantan yang berkhidmat sebagai penjawat awam mengekalkan jati diri Syakhsiyyah Islamiyyah yang beragama, ramah, manis dan ceria, bertoleransi serta saling tolong-menolong,” katanya ketika dihubungi,, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa kedudukan anak Kelantan dalam sektor awam bukanlah atas faktor ihsan, melainkan atas dasar kelayakan, kebolehan dan prestasi.

“Kita bersyukur dan mesti sedar bahawa duduknya kita di situ atas kelayakan, bukan ehsan. Maka jangan rasa rendah diri, tetapi juga jangan bersikap sombong. Jadilah penjawat awam yang membawa imej baik serta menangkis segala tanggapan negatif terhadap anak Kelantan,” pesannya.

Menurutnya lagi, sumbangan besar anak Kelantan dalam perkhidmatan awam adalah bukti kemampuan sumber insan negeri ini untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara dengan nilai integriti, amanah dan profesionalisme tinggi.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook