Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Penyatuan ummah jadi tonggak kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz - Dato’ Ahmad Yakob
utama

Penyatuan ummah jadi tonggak kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz - Dato’ Ahmad Yakob


Gagasan penyatuan ummah menjadi teras utama kepimpinan Tok Guru Tan Sri Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, demikian ditegaskan YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob, Mantan Menteri Besar Kelantan dalam ucapan perasmian Seminar Ketokohan Tok Guru Tan Sri Dato' Bentara Setia Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini.

Seminar anjuran bersama Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Kota Darulnaim menampilkan empat pembentang utama: Profesor Dr. Mazlan Bin Ibrahim, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra; Profesor Emeritus Dato’ Dr. Johari Mat, Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia; Dr. Noor Hisham Md Nawi, Universiti Malaysia Kelantan; dan Dr. Mohd Khairulnazrin Mohd Nasir, Universiti Malaya.

Dato’ Ahmad Yakob menegaskan Tok Guru menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dengan pendekatan yang lembut tetapi tegas, berprinsip tetapi sentiasa penuh kasih sayang.

"Tok Guru boleh berucap fasih di hadapan pembesar negara dalam majlis penuh prestij akademik, namun beliau juga boleh mengajar di sebuah balaisah tua di hujung kampung. 

Tok Guru juga boleh bermunaqasyah dengan alim ulama, membelek kitab-kitab yang tebal dalam program ilmiah yang khusus, tetapi dalam masa yang sama beliau mampu duduk bersila di medan ilmu, menyampaikan pelajaran kepada seluruh rakyat tanpa membezakan siapa yang berada di hadapannya"

Tegas Dato Ahmad Yakob, Tok Guru memahami bahawa perpaduan tidak bermaksud menyeragamkan semua manusia, tetapi mengurus perbezaan dengan adab, sekaligus memastikan nilai Islam sebagai agama rahmah terserlah dalam kehidupan bermasyarakat.

"Tok Guru menyantuni semua aliran, menghargai kepelbagaian pendekatan selagi terikat dengan landasan yang sahih. Namun dalam masa yang sama, kebijaksanaan beliau terserlah kerana mampu berinteraksi dengan aliran-aliran lain — bahkan dengan mereka yang bukan Islam — tanpa menjejaskan prinsip dan akidah."

Dato Ahmad Yakob menyimpulkan keseluruhan sikap Tok Guru menzahirkan falsafah penyatuan ummah yang beliau hidupkan bukan melalui slogan, tetapi melalui akhlak, keberanian moral, dan keluasan pandangan. 

"Inilah rahsia besar kepimpinan Tok Guru: menyatukan hati manusia sebelum menyatukan struktur masyarakat; membina kepercayaan sebelum membina dasar; dan mendekati jiwa sebelum mendekati wacana."

Dalam majlis ini juga Dato Ahmad Yakob melancarkan sebuah buku bertajuk 'Ayah' yang merupakan tulisan  lima wakil daripada keluarga besar Nikmatillah; Nik Din bin Nik Mat, Nik Amalina binti Nik Abdul Aziz, Nik Yusri bin Musa, Nik Hamdi bin Ab Ghani dan Nik Mohd Thalhah bin Ahmed Pakaruldin.

Masing-masing datang daripada generasi dan hubungan yang berbeza dengan Tok Guru. Nik Din ialah adik kepada Tok Guru, manakala Nik Amalina ialah anaknya. Nik Yusri pula merupakan menantu, diikuti oleh Nik Hamdi sebagai anak saudara dan Nik Mohd Thalhah sebagai cucu.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook