Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Proses pendaftaran mangsa banjir di PPS lancar
utama

Proses pendaftaran mangsa banjir di PPS lancar

 

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Proses pendaftaran mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah di Kelantan berjalan lancar dan sistematik melalui penggunaan aplikasi InfoBencana JKM.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Dato' Rohani Ibrahim berkata, proses tersebut membantu mempercepatkan semakan data, pengesanan lokasi serta penyelarasan bantuan.

Kata beliau lawatannya ke PPS semalam dan hari ini memberi tumpuan kepada kebajikan mangsa banjir di beberapa PPS di Kelantan.

"Alhamdulillah, apa yang kita perhatikan ia berjalan dengan baik berbanding sebelumnya dan kita berharap dapat diurus dengan lancar," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Menurutnya, semalam beliau melawat PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan, SK Pa’Pura, SK Jelawat, SK Seri Tumpat 2 dan SK Kubang Batang.

"Hari ini pula saya meneruskan lawatan diteruskan ke SK Islah dan SK Chempaka," ujarnya.

Rohani memberitahu, lawatan itu memberi penilaian menyeluruh terhadap keperluan asas mangsa termasuk makanan, kelengkapan tidur, lampin bayi, tuala wanita dan ubat-ubatan.

Tambahnya, aspek sanitasi, pengurusan keselamatan dan keselesaan mangsa turut dipantau secara berterusan.

Fokus khusus juga diberikan kepada golongan rentan seperti kanak-kanak, warga emas, OKU dan wanita hamil.

“Turut ditekankan pentingnya sokongan emosi dan rohani sebagai pendekatan ihsan dalam kebajikan.

“Semua PPS berada dalam keadaan terurus hasil koordinasi JKM, agensi keselamatan serta pihak pengurusan PPS,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Kelantan yang menunjukkan tahap kesedaran keselamatan tinggi sehingga tiada kes lemas akibat kelalaian direkodkan setakat ini.

Perkembangan itu sebagai kejayaan bersama hasil pendidikan keselamatan berterusan dan kerjasama masyarakat.

Sementara itu sehingga jam 2 petang tadi laporan semasa banjir menunjukkan beberapa kawasan di Kelantan masih berada pada tahap berjaga-jaga.

Empat daerah terlibat dengan banjir, dengan 37 PPS dibuka bagi menempatkan mangsa. Seramai 9,180 mangsa daripada 3,386 keluarga direkodkan berada di PPS.

Kerajaan Negeri melalui JKM, pihak berkuasa tempatan (PBT), Pusat Khidmat Dun, agensi keselamatan dan sukarelawan komited memastikan operasi PPS berjalan lancar serta bersiap siaga menghadapi kemungkinan gelombang susulan.

“Saya merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan, pengurusan PPS dan masyarakat setempat atas usaha membantu mangsa banjir.

"Penghargaan juga kepada semua pihak pengurusan sekolah yang memberi kerjasama sangat baik dan teratur sepanjang proses lawatan dan pemantauan di Pusat Pemindahan Sementara.

"Sokongan dan komitmen pihak sekolah amat dihargai kerana memastikan kelancaran pengurusan PPS dan kesejahteraan mangsa banjir terjamin," ujarnya.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook