Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan santuni mangsa banjir di PPS SK Sabak
utama

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan santuni mangsa banjir di PPS SK Sabak


Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 25 November – Mangsa banjir di Sabak dan kawasan berhampiran terus mendapat perhatian kerajaan negeri apabila Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Tengku Feissal turun padang melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sabak (SK Sabak) pada Isnin.

PPS yang mula beroperasi sejak 22 November itu menempatkan 312 mangsa daripada penduduk sekitar yang terjejas akibat banjir.

Dalam lawatan tersebut, Dato’ Tengku Mohamed Faziharudean turut menyerahkan bakul sumbangan kepada para mangsa. Turut hadir mengiringi beliau ialah Ketua Jajahan Kota Bharu Rusydee Abdullah; Guru Besar SK Sabak Md Zidee Yusmi Yusoff serta pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Menurutnya, kawasan yang terjejas dengan banjir melibatkan penempatan berhampiran pantai, manakala daerah di bahagian selatan atau hulu Kelantan masih belum mengalami banjir.

“Kawasan atau daerah yang paling banyak membuka PPS ketika ini ialah Kota Bharu dengan 19 buah PPS,” katanya.

Beliau turut menasihatkan penduduk Kelantan yang tinggal berhampiran kawasan pantai supaya sentiasa berwaspada berikutan ramalan hujan lebat dan keadaan laut bergelora sehingga 26 November.


“Jika ada arahan berpindah daripada pihak berkuasa termasuk JPS, hendaklah segera berpindah,” tegasnya.

Mengulas mengenai keperluan bantuan, beliau menjelaskan bahawa stok bantuan mencukupi dan berada dalam keadaan bersedia.

“Kita di peringkat negeri juga telah mengadakan beberapa mesyuarat persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh. Semua jabatan telah bersiap siaga untuk menghadapi banjir tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Tengku Feissal

“Oleh kerana banjir kali ini disebabkan hujan lebat berterusan serta masalah saliran, kita berharap selepas hujan berhenti, air akan cepat surut,” katanya.

Untuk rekod, sehingga pukul 4 pagi tadi, sebanyak 38 PPS dibuka di empat daerah di Kelantan, melibatkan 9,986 mangsa daripada 364 keluarga. Daerah terlibat ialah Bachok (13 PPS), Kota Bharu (19 PPS), Tumpat (7 PPS), dan Pasir Puteh (1 PPS).
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook