Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Tiada parti ‘bertahta’ lama di Sabah
utama

Tiada parti ‘bertahta’ lama di Sabah

 

Oleh M Faqih

PENDUKUNG kes arwah adik Zara Qairina mengharapkan pengundi Sabah tidak melupakan isu yang pernah menggemparkan negara sebelum ini.

“Tolak pemimpin korup yang hanya mempergunakan rakyat. Tolak mereka yang pandai berjanji tetapi tak tepati. Tiada orang yang akan ubah nasib kita kalau kita sendiri tak berubah ke arah yang lebih baik.

“Semoga Sabah ke arah yang lebih baik selepas pilihan raya negeri kali ini..,” demikian catatan yang muncul di media sosial, menghangatkan kempen PRN Sabah.

Berdasar kempen bermula Sabtu lepas, persaingan antara parti-parti yang bertanding begitu sengit. Sukar untuk meramalkan parti mana yang lebih dekat di jiwa 1.78 juta pengundi Sabah.

Namun, apa yang pasti rakyat Sabah sudah berani melawan arus. Tiada lagi sifir politik ‘yes man’. Mereka ada maruah.

Kes arwah adik Zara menjadi bukti. Pada Ogos lepas ribuan penduduk menghadiri himpunan solidariti buat adik Zara Qairina. Himpunan serupa dilapor turut diadakan di Lahad Datu dan Tawau.


Sedangkan sebelum ini, adegan seumpama itu sukar dilihat. Mereka bersolidariti terhadap adik Zara. Penduduk Sabah mempamerkan keberanian agak luar biasa.

Pada 2 September kumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengecam siasatan terhadap rakan-rakan mereka di bawah Akta Hasutan 1948 selepas menghadiri majlis nyalaan lilin adik Zara.

Apakah isu adik Zara dan suara mahasiswa UMS mahu merubah landskap politik Sabah? Berdasar acuan lepas tiada parti yang mampu mentadbir Sabah dalam tempoh lama.

Bermula Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), kemudian Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya), Parti Bersatu Sabah (PBS), Barisan Nasional (BN), Warisan-Pakatan Harapan dan sekarang Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Mungkin muncul gabungan lain selepas 29 November ini.

Analisis lanjut di aruslebir.com

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook