Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Timbalan Mursyidul Am PAS iringi Dr Afifi di Petagas
utama

Timbalan Mursyidul Am PAS iringi Dr Afifi di Petagas


PUTATAN, 15 November 2025 — Kehadiran Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Timbalan Mursyidul Am PAS dan mantan Menteri Besar Kelantan, menjadi tumpuan utama pada Hari Penamaan Calon DUN N.23 Petagas apabila beliau turun padang mengiringi calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Dr. Afifi Saif, dalam perarakan rasmi menuju Dewan Sri Putatan pagi tadi.

Perarakan yang bermula dari Taman Teluk Villa Putatan itu disertai ratusan penyokong yang memenuhi sepanjang laluan, memberikan suasana penuh semangat dan sokongan padu kepada calon muda PN. Turut sama dalam rombongan ini ialah pimpinan utama parti termasuk Datuk Seri Haji Takiyuddin Hassan, YAB Muhammad Sanusi Md Nor dan YB Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Dr. Afifi Saif, seorang doktor perubatan lulusan Crimea State Medical University, Ukraine, berusia 43 tahun, dipilih oleh PN untuk menawarkan wajah kepimpinan baharu di Petagas. Beliau telah berkhidmat lebih sedekad dalam bidang perubatan dan dikenali melalui penglibatan aktif dalam program kesihatan komuniti serta advokasi berkaitan kesejahteraan awam. Selain daripada itu, beliau juga komited dalam pembangunan belia, pendidikan, dan aktiviti sosial melalui kerjasama dengan NGO serta gerak kerja masyarakat setempat, menjadikannya antara tokoh profesional muda yang menonjol di kawasan tersebut.

Pada hari penamaan calon ini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengesahkan bahawa Dr. Afifi akan berdepan persaingan sengit apabila 9 calon lain turut bertanding di DUN N.23 Petagas, termasuk wakil daripada Parti Impian Sabah, Parti Kerjasama Anak Negeri, UPKO, Pakatan Harapan, KDM, STAR, Warisan, dan dua calon Bebas.

Kehadiran Ahmad Yakob pada hari ini bukan sekadar simbolik, malah memberikan mesej jelas bahawa kepimpinan PAS menumpukan perhatian terhadap pengukuhan jentera PN di Sabah dan memberi sokongan moral secara langsung kepada calon muda yang dilihat berpotensi membawa perubahan; Dr. Afifi Saif.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook