Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Tuisyen Rakyat Sejahtera 2025: Penyertaan pelajar meningkat 74 peratus, peruntukan bertambah 41.5 peratus
utama

Tuisyen Rakyat Sejahtera 2025: Penyertaan pelajar meningkat 74 peratus, peruntukan bertambah 41.5 peratus


Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 10 November, — Penyertaan pelajar dalam program Tuisyen Rakyat Sejahtera Kelantan mencatat peningkatan ketara sebanyak 74 peratus pada tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi, Inovasi dan Digital YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat memaklumkan perkara itu ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Jelawat YB Zameri Mat Nawang pada Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan), Tempoh Penggal Ketiga, Dewan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas, di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.


Menurut Dato’ Wan Roslan, pelaksanaan program tuisyen yang mula diperkenalkan pada 2024 itu memberi tumpuan kepada empat subjek teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membabitkan 2,604 pelajar pada tahun 2025.

“Jumlahnya meningkat 74 peratus berbanding 1,495 pelajar sahaja pada tahun 2024. Peruntukan juga bertambah daripada RM477,000 pada 2024 kepada RM675,000 atau 41.5 peratus pada 2025. Bagi memastikan capaian lebih luas dan pembelajaran lebih berkesan. Setiap Dewan Undangan Negeri kini mempunyai dua kelas berbanding satu kelas sebelum ini,” jelasnya.

Katanya lagi, peningkatan penyertaan pelajar itu selari dengan peningkatan prestasi akademik negeri Kelantan, yang terserlah melalui keputusan SPM negeri meningkat daripada 95.08 peratus pada 2023 kepada 95.99 peratus pada 2024, mencatat kenaikan 0.91 peratus.

Beliau juga menekankan bahawa program Tuisyen Rakyat Sejahtera bertujuan meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan memastikan peluang pendidikan lebih saksama bagi seluruh pelajar di negeri ini.

“Program ini membolehkan pelajar daripada pelbagai latar belakang mendapat sokongan tambahan untuk menguasai subjek teras, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka menghadapi peperiksaan,” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan negeri komited meneruskan pelaksanaan program berkenaan dengan penambahbaikan berterusan bagi memastikan impak positifnya dirasai secara menyeluruh oleh pelajar dan ibu bapa.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook