Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Tujuh PPS di DUN Kelaboran hampir penuh, persiapan dipertingkatkan
utama

Tujuh PPS di DUN Kelaboran hampir penuh, persiapan dipertingkatkan


Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media YB Kelaboran

TUMPAT, 24 November – Keadaan banjir di DUN Kelaboran kini pada tahap berjaga-jaga apabila tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi hampir penuh dan telah tutup pendaftaran.

Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Kelaboran YB Mohd Adanan Hassan, tujuh PPS yang sedang beroperasi ialah SK Sri Tumpat 1, SK Sri Tumpat 2, SK Tumpat, SK Kok Keli, SK Berangan 1 dan SK Berangan 2.

“Setakat ini semua PPS hampir penuh dan telah ditutup penyertaan untuk mangsa banjir. Kita juga sedang bersedia untuk membuka PPS di SMK Tumpat sekiranya ada pertambahan mangsa banjir” katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa urusan pengurusan makanan di PPS berjalan lancar dengan kerjasama penghulu-penghulu di setiap mukim.

Pasukan memasak

“Pasukan memasak di PPS sedia berkhidmat. Kita dapat kerjasama daripada penghulu-penghulu. Setiap penghulu ada pasukan memasak masing-masing. Kita tengok PPS dibuka di mukim mana, jadi penghulu itulah yang akan bertugas dan cari pasukan memasak,” katanya lagi.

Tambahnya, barang masakan dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), manakala tukang masak telah menerima suntikan wajib sebagaimana syarat keselamatan yang ditetapkan.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Khidmat Malaysia Tumpat memaklumkan bahawa Khidmat Malaysia Tumpat akan melancarkan kutipan dana bagi menggalakkan masyarakat membantu mangsa banjir.


“Dana tersebut akan digunakan untuk operasi mencuci gonyoh gaha rumah mangsa serta penyediaan barangan asas kepada mangsa-mangsa banjir,” ujarnya.

Beliau berkata setakat ini pihaknya telah membeli sebuah bot berukuran 24cm panjang dan 8cm lebar sebagai persiapan kerja-kerja menyelamat serta agihan bantuan kepada penduduk terjejas.

Bot yang disediakan untuk memindahkan mangsa banjir


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook