Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Belia digalak berdikari cari rezeki
utama

Belia digalak berdikari cari rezeki

 
Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengalu-alukan usaha anak muda Kelantan untuk berdikari bagi mencari rezeki dalam pelbagai bidang termasuk perkhidmatan menggunting rambut.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Hubungan Antara Kaum negeri, Zamakhshari Muhammad berkata, usaha itu bagi membina masa depan yang lebih kukuh dan berdaya saing.

“Kerajaan negeri juga sentiasa membantu anak muda yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan,” katanya pada majlis penyampaian kit gunting rambut serta sijil penyertaan kepada 17 anak muda yang menamatkan kursus kemahiran gunting rambut semalam.

Peserta turut menerima kit gunting rambut bagi memulakan kerjaya dalam bidang tersebut. Mereka mengikuti kursus selama lima diadakan pada 17 hingga 21 Ogos lepas di Pusat Belia negeri.

Zamakhshari berkata, sebahagian besar peserta merupakan anak muda yang sedang mencari sumber pendapatan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Menurutnya semoga usaha kerajaan negeri membolehkan golongan belia mencari rezeki menggunakan kemahiran bagi memulakan perniagaan kecil.

Beliau juga berkata, sijil penyertaan diberi sebagai pengiktirafan kepada mereka telah mengikuti kursus dan memiliki kemahiran teknikal menggunting rambut.

“Peserta hendaklah sentiasa melakukan inovasi dalam setiap perkhidmatan yang ditawarkan bagi menarik lebih ramai pelanggan,” ujarnya.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook