Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Di Karambunai kita bermula
utama

Di Karambunai kita bermula

 

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Perjuangan PAS di Sabah digambarkan sebagai ‘guru perjuangan’ yang mendidik ahli bekerja bersungguh-sungguh serta berkorban demi risalah Islam.

Ia selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 200 yang bermaksud, “orang beriman terus bersabar, memperkukuh kesabaran dalam perjuangan serta bertaqwa kepada Allah agar dikurniakan kejayaan”.

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, kemenangan Datuk Dr Aliakbar Gulasan yang mewakili Perikatan Nasional (PN) di Dun Karambunai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lepas mencipta sejarah baru.

Katanya kemenangan itu sebagai kelahiran sulung wakil rakyat PAS yang mewakili Perikatan Nasiona (PN) di negeri berkenaan.

“Kemenangan itu sebagai anugerah terindah daripada Allah SWT yang membawa makna besar kepada seluruh pendukung perjuangan Islam.

“Ia juga menjadi simbol kegigihan PAS dalam usaha menegakkan dakwah serta tarbiah di bumi Sabah,” katanya pada kenyataan semalam.

Calon PN yang diwakili Dr Aliakbar menang dengan majoriti 371 mengalahkan 10 calon lain termasuk penyandang calon dari BN, Datuk Yakub Khan.

Kejayaan itu menjadi asas kukuh sejak PAS bertapak di Sabah pada Mei 1986.

Sehubungan Mohd Nassuruddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan merakam ucapan tahniah di atas kejayaan tersebut hasil kerja keras seluruh jentera, di samping sokongan pengundi di Dun Karambunai.

“Terima kasih warga Dun Karambunai. Di Karambunai kita bermula,” katanya.

Menurutnya juga kemenangan tersebut membawa tanggungjawab besar untuk diterjemahkan melalui pengukuhan tarbiah, dakwah serta pelaksanaan siasah Islam secara berterusan.

Beliau turut merakam penghargaan kepada semua calon PN dan jentera parti dari seluruh negara khususnya PAS Kelantan yang bertugas silih berganti sepanjang kempen.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook