Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kes pelakuan songsang makin membarah di negara ini
utama

Kes pelakuan songsang makin membarah di negara ini

 

Oleh Salmah Mat Husain

KUALA LUMPUR: Kes melibatkan pelakuan seks songsang khususnya hubungan sesama jantina iaitu lelaki dengan lelaki dilihat semakin membarah di  negara ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Ahmad Yahaya berkata, perkembangan itu dianggap tidak terpisah daripada implikasi keputusan kes Iki Putra dan Nik Elin.

Menurutnya kes yang berlaku itu dianggap menjadi titik mula yang cuba memperlihatkan kelemahan undang-undang syariah sehingga ada pihak yang berani pertikai.

“Sedangkan Mahkamah Syariah sepatutnya diberi kuasa untuk mengadili kes sebegini kerana ia merupakan jenayah berat dalam Islam.

“Namun ruang itu menjadi longgar apabila peruntukan undang-undang syariah dipersoal dan dicabar melalui saluran perundangan sivil,” katanya pada kenyataan hari ini.

Baru-baru ini media melaporkan seramai 201 lelaki tempatan ditahan dalam serbuan di sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit pada 28 November lepas.

Ustaz Ahmad berkata, berdasar laporan Global AIDS Monitoring Malaysia 2024 menunjukkan peningkatan penularan HIV pada dekad ini tidak lagi berpunca daripada perkongsian jarum suntikan seperti pada 1990-an.

Sebaliknya kata beliau ia datang melalui aktiviti seks songsang.

“Apakah umat Islam benar-benar sedar akan apa yang berlaku ketika isu moral dan akhlak semakin meruncing atas alasan batas kuasa mahkamah.

“Berdasar kenyataan polis kelewatan mengemukakan permohonan reman menyebabkan hampir semua pelaku dilepaskan, sekali gus menunjukkan wujud kelompangan perundangan dalam menangani isu ini.

“Kelemahan tidak hanya berkisar pada aspek hukuman tetapi turut membabitkan prosedur pendakwaan yang perlu disemak, dipinda dan diperkasakan,” ujarnya.

Ustaz Ahmad yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, kebejatan sosial, tidak boleh dibiarkan menular sehingga menenggelamkan pertimbangan hukum agama.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan meneliti dan menutup segera kelompangan undang-undang yang membenarkan gejala seks songsang dan pengaruh LGBTQ dinormalisasi secara terbuka.

“Tidak boleh sesekali membiarkan keruntuhan nilai terjadi hanya kerana kelalaian dalam menangani isu yang begitu membahayakan generasi akan datang.

“Usah biarkan negara runtuh seumpama kayu dimakan anai-anai, hanya disedari setelah ia jatuh menyembah bumi na’uzubillahi min zalik,” katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook